Sunday, 4 August 2013

Kena Ada Bimbang




Hari ini sudah masuk 26 Ramadan. Teruskan agenda sebagai hamba Allah. Hamba Allah yang harap Ramadan ini adalah Ramadan terbaik. Hamba yang harap 25 hari yang telah dilalui itu Allah terima segala ibadah dan Allah akan terima segala amalan pada 5 hari seterusnya ini.

Waktu yang berbaki terlalu singkat. Tiada jaminan untuk aku bertemu semula dengan Ramadan yang akan datang. Harap bertemu Lailatul Qadr. Antara asbab turunnya surah al-Qadr ialah pabila para sahabat begitu rasa bimbang bila mendengar kisah yang dikhabarkan Rasulullah perihal seorang bani Israel yang berjihad selama 1,000 tahun dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Mana mungkin umat Nabi yang berumur antara 60-70 tahun bisa menandingi amal ibadah si bani Israel tadi. Para sahabat rasa bimbang mana mungkin punyai sama kesempatan seperti umat terdahulu.

Sesungguhnya Allah menjual barang yang mahal untuk kita iaitu Syurga. Harganya cukup mahal. Kita kena ada bimbang. Namun di nyatakan umat ini perlu ada di pertengahan antara bimbang dan harap. Allah kurniakan Lailatul Qadr sebagai satu kelebihan untuk umat Nabi berpeluang meraih pahala yang hampir sama dengan umat terdahulu. 

Orang beriman kena pegang iaitu Ramadan adalah sesuatu yang tidak dapat dilepaskan. Di akhir Ramadan dia bersedih. Ramadan adalah peluang terbaik untuk menebus Syurga Allah. Ramadan adalah peluang yang Allah bagi buat kerja sedikit tapi pahalanya lumayan. Nak membeli Syurga bukan dengan wang rinngit yang banyak. Hatta di dunia bila melintasi sempadan negara lain Ringgit Malaysia sudah tidak laku, apatah lagi bila sudah berpindah ke alam Akhirat. 

Hamba datang berjumpa Allah dengan membawa dana amalan yang dia bawa dengan pahala yang dia ada. Di Alam Barzakh RM tidak laku. Tak guna sekupang pun. Orang beriman faham nilai Syurga yang mahal dan sedar kesempatan yang ada sepanjang Ramadan ini. Bersegeralah mencari Lailatul Qadr selagi stock masih ada. Bukan bersegera ke Lailatul Kamdar mengejar offer tawaran murah selagi stock masih ada.

Segera cari mghfirah Allah.Ibarat lumba lari 100m, dekat sampai garis penamat maka kenalah pecut. Kalau slow dia kalah. Pecut dengan tambah ibadah dan iktikaf di masjid. Jangan sampai tak iktikaf langsung. Benda yang tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Sebarang ibadah kebaikan, dan pahala tidak di kompromi oleh orang beriman. Yang utama nilai dalam ibadah.

Banyak yang jadikan ibadah sebagai adat tapi tak rasa feel tak rasa nilai ibadah itu. Maka kena ubah buatlah sesuatu ibadah itu dengan penuh keyakinan kerana Allah kerana Nabi suruh. Buat bukan pasal ikut2 orang bukan pasal adat budaya masyarakat. Merasai bahawa itu arahan Allah. 

Kena rasa penuh harapan Allah terima segala amal ibadah kita di bulan Ramadan ini. Allah itu bersama sangkaan baik hmba Allah. Harap itu bukan tanpa usha tapi buat dengan penuh usha dan sekuat yang termampu.

Objektif kita jelas iaitu untuk mendapat redha Allah dan nak masuk Syurga Allah. Kalau nak dibanding nilai2 baik maka rasanya orang Finland, orang Sweden dan orang Jepun mungkin lebih mantap, namun sekadar itu saja tanpa objektif atau matlamat jelas. Pernah ada satu kes di Jepun sebuah kawasan yang punyai rekod jenayah bersih sudah sekian lama, tiba2 dikejutkan dengan seorang pelajar yang ditangkap kerana membunuh. Bila di tanya kenapa dia melakukan kes jenayah itu, jawabnya ialah, "Aku tidak nampak apa objektif aku berbuat baik selama ini." Sebab mereka ini tiada matlamat Akhirat. Hidup sekadar di dunia. Kepuasan yang sementara.

Orang terakhir yang mendapat Syurga Allah setelah dibebas daripada azab Neraka mendapat Syurga yang seluas langit dan bumi. Terkejut dia. Tapi itulah hakikat nikmat Syurga. Orang beriman kena sedar nilai Syurga ini. Orang beriman dia nampak, Ada motivasi. Jangan tangguh untuk amal kebaikan walau sekecil mana pun ia. Mungkin asbab kebaikan yang kecil itulah kita mendapat redha Allah untuk layak ke Syurga-Nya. 

Bila berpagi-pagi jangan tangguh sampai ke petang. Bersegera. Mungkin asbab kebajikan yang kecil itu membebas daripada api Neraka. Senyum itu baik dan menjadi sunnah Rasulullah. Maka bersegera amalkan. Setiap kuntuman senyuman di wajah seseorang bakal mengundang penyakit berjangkit iaitu senyuman daripada penerima senyuman tadi. Alangkah baiknya.

Di akhir Ramadan ini, mohonlah banyak2 dalam doa agar bebas daripada api Neraka Allah. Di bulan Ogos selalu kita raikan Hari Kemerdekaan negara iaitu sempena bebas dari cengkaman penjajah. Namun bebas macamana pun kita akan tetap ada masalah. Mesti ada yang menyedihkan, menyusahkan dan memeningkan. Bila beli kereta rasa gembira tapi dua hari kemudian kereta dicuri orang maka bertukar jadi sedih. Bila berkahwin gembira dapat isteri tapi setahun kemudian bertukar duka bila isteri suka membebel. Dapat anak rasa gembira tapi bila anak itu derhaka maka di rasa bala. Nikmat yang sama tapi mendatangkan duka pula.

Betulkah seronok yang dirasa itu secara mutlak? Tidak, kerana masih ada yang tidak selesai. Maka kemerdekaan yang hakiki ialah bebas daripada api Neraka Allah. Yang membawa erti dapat pula menikmati Syurga Allah. Jangan berangan untuk masuk Neraka walupun sedetik. 

Api Neraka di nyalakan selama 1,000 tahun Akhirat hingga apinya menjadi warna puteh. Kemudian dibiarkan menyala 1,000 tahun lagi hingga warnanya bertukar menjadi merah. Kepanasan api itu terus disemarakkan selama 1,000 tahun lagi sehigga ia bertukar warna kepada hitam. Itulah kepanasan hakiki. Itulah api Neraka.

Pertemuan sains menunjukkan bintang2 di langit itu merupakan objek2 yang menyala. Matahari juga adalah dalam kategori bintang. Kelajuan pergerakan cahaya ialah 300,000km sesaat. Jarak antara bumi dengan matahari mengambil masa perjalanan selaama 6 minit mengikut kelajuan cahaya tadi. Ketinggian larva percikan api di permukaan matahari itu mengambil masa 1,000 tahun perjalanan kita dengan kereta. Cuba bayangkan. Namun kepanasan matahari tu masih dalam kategori api warna puteh. Bintang2 yang jauh itu ada dalam kategori merah dan hitam. Dengan kepanasan super luarbiasa itu maka kita dapat lihat bintang2 itu walaupun jaraknya sangat-sangat jauh dari bumi. Bintang2 pada kategori hitam itu boleh menarik objek2 lain hingga menhasilkan letusan yang dipanggil nova.

Orang beriman, macamana dia nak rasa Neraka itu biasa-biasa sahaja sedangkan dia fahami akan nilai azab Allah ini. Dia tahu nilai sebuah Neraka. Setengah riwayat menyatakan azab neraka yang paling ringan ialah pabila seseorang itu dipakaikan kasut daripada bara api neraka, maka menggelegak otak dek kepanasannya.

Ingatlah akhir Ramadan ini pembebasan daripada api neraka Allah. Itulah matlamat puncak. Hadiah utama. Usah lepas peluang keemasan ini. Pulun habis. Pulun solat, pulun zikir, pulun selawat, pulun sedekah, pulun doa, pulun taubat, pulun segala kebaikan. 

Kena ada bimbang. Bimbang takut2 amalan tidak diterima Allah. Takut2 tidak dapat penagampunan atas segala dosa. Takut2 gagal mendapat pembebasan daripada api neraka Allah. 

Jangan putus harap. Maghfirah Allah menanti. Keampunan Allah menanti setiap orang beriman. Pembebasan daripada api Neraka Allah, insyaAllah. Teruskan perjuangan yang belum selesai di 5 hari Ramadan yang berbaki ini. Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...