Wednesday, 7 August 2013

Kalau dah bersara tu, diamlah!! kata Pak Lah


RABU, 7 OGOS 2013

Kalau dah bersara tu, diamlah!! kata Pak Lah

Oleh eleh


Buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia memaparkan masa-masa beliau menjadi PM Malaysia. Seperti dilaporkan, jelas dalam buku tersebut banyak bahagian yang Pak Lah terpaksa membalas balik terhadap kritikan Mahathir sebelum ini.

Pak Lah juga perli Mahathir, antaranya Pak Lah bertekad tak mahu menjadi seperti Dr Mahathir. Pak Lah nak Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.

Tulis Pak Lah, “Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?.

Nampaknya banyak yang Mahathir kena dalam buku Pak Lah kali ini. Antaranya negara akan bangkrap sekiranya beliau mendengar kata Mahathir. Katanya Mahathir mengamuk apabila projek mega seperti projek landasan berkembar ditangguhkannya.

Sampai sekarang Mahathir menyalahkannya juga diceritakan Pak Lah,

“Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya … Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya.
“Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai ‘kerajaan half-past six’ dan menuduj kami dengan rasuah dan sebagainya,” kata Abdullah.Tentu Mahathir juga panas telinga sekarang kerana Pak Lah mula bersuara…

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 8/07/2013 07:29:00 PTG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...