Friday, 16 August 2013

Aksi askar dan polis Mesir membuli rakyat Mesir


Friday, August 16, 2013

Aksi askar dan polis Mesir membuli rakyat Mesir


Spinx turut menangisi nasib rakyat Mesir yang menjadi mangsa kerakusan tentera Mesir. 

Beberapa gambar di bawah menunjukkan aksi kejam tentera dan polis Mesir dalam menangani demonstran yang tidak bersenjata.

Kekejaman mereka tergambar jelas. Keingian mereka hanya satu - menumpahkan darah rakyat Mesir bagi menakut-nakutkan mereka.

Namun hasrat mereka tidak kesampaian. Para demonstran kental dengan semangat memperjuangkan hak mereka. Nyawa dan fizikal adalah taruhan mereka. Darah yang mengalir dari tubuh bukan halangan untuk terus berjuang dengan cara tersendiri. Menunjukkan kepada dunia betapa rakyat Mesir menolak kudeta, menentang penangkapan Morsi dan inginkan demokrasi.




jenazah dilenyek dengan kereta perisai


jenazah dilenyek dengan jentolak tentera

wanita dipukul dan dibogelkan setelah pengsan

lelaki ditembak dan dibelasah

Menyerang dengan niat mencederakan/ membunuh orang tidak bersenjata

mencabul wanita 

jenazah dibakar 

Anda mungkin juga meminati:

Posted by Uda Rock at 6:09 PM

Wednesday, 14 August 2013

Wabak Akhir Zaman, Hilangnya Keyakinan Terhadap Syariat Allah


Blog www.tarbawi.my


Satu perkara yang mendukacitakan berlaku di tengah-tengah masyarakat Islam mutakhir ini ialah hilangnya keyakinan terhadap hukum Allah. Adalah satu perkara yang tidak munasabah dan haram berlaku di kalangan umat Islam bahawa orang-orang yang mengaku Islam, tidak yakin kepada hukum Allah, kerana ia bermakna juga tidak yakin kepada Allah dan tidak yakin kepada Rasulullah s.a.w sebagai pembawa dasar perundangan Ilahi.



Tidak terkumpul di dalam hati orang yang beriman dengan keraguan dan syak terhadap ajaran Islam kerana kesangsian kepada ajaran Islam dan tidak yakin kepada hukum itu adalah perkara yang boleh merosakkan dan membatalkan iman. Firman Allah dalam ayat 65 surah an-Nisa':


فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya."

Di tengah-tengah masyarakat Islam hari ini terkeluar kata-kata dan tulisan-tulisan yang berani mencabar hukum Allah, ada yang berani mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, hukum "hudud" yang ada dalam al-Quran itu tidak lebih daripada hukum yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab pada zaman dahulu yang dipanjangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka tidak menyedari bahawa kedatangan Rasulullah s.a.w ialah untuk menentang hukum-hukum kabilah yang zalim, mengapa mereka mengatakan al-Quran itu ajaran yang diamalkan oleh kabilah-kabilah Arab? Ini adalah satu tuduhan jahat terhadap al-Quran al-Karim dan hukum Islam.

Dan apa yang mendukacitakan, umat Islam yang begitu ramai di dalam negara ini tidak terasa apa-apa orang menghina Islam dan mengejek hukum Islam di hadapan mereka. Di manakah kasih mereka terhadap Islam sehingga tidak ada perasaan cemburu sedikitpun di dalam hati mereka terhadap Allah?

Mereka akan melenting sekiranya harta dan kepunyaan mereka daripada harta benda dunia diganggu-gugat, tetapi mereka tidak melenting sekiranya agama mereka diberikan kedudukan yang tidak selayaknya. Beginilah rendahnya maruah umat Islam hari ini.

Di manakah letaknya kemanisan iman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Tiga perkara yang sesiapa ada padanya, maka dia mempunyai kemanisan iman. Pertama bahawa Allah dan Rasul-Nya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain. Kedua dia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga dia benci kalau dicampak di dalam kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka."

Di mana kemanisan iman? Di mana ketiga-tiga perkara ini di dalam hati umat Islam hari ini? Adakah di dalam hati mereka perasaan kasih kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah s.a.w? Sekiranya mereka kasih kepada Allah dan cinta Rasulullah, sudah tentu mereka kasih kepada hukum Allah dan kasih kepada ajaran yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Ke manakah perginya kasih mereka kerana Allah? Di mana perginya cinta Rasul? Kasih mereka tidak lain kerana kemahsyuran dan penghormatan dunia semata-mata. Ke manakah perginya benci mereka kepada kekufuran? Bahkan mereka berlumba-lumba untuk menuju kepada kekufuran sekiranya kekufuran itu mengenyangkan mereka dan menambahkan keseronokan di dalam hidup mereka.

Adakah mereka tidak sedar dalam perkara seperti ini, Allah telah mewajibkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kepada umat Islam supaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa' :


إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat."

Manusia hari ini terlalu suka menjadi penolong dan penyokong kepada orang-orang yang khianat kepada hukum Allah. Di manakah kasih mereka kepada Allah dan kepada Rasulullah s.a.w? 

Dan Allah menamakan hukum yang lain selain daripada hukum-Nya adalah jahiliyah sebagaimana yang disebut dalam ayat 50 surah al-Maidah :


أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."

Orang-orang yang yakin ialah orang-orang yang yakin kepada Allah dan Rasulullah s.a.w, iaitu yakin kepada Islam mestilah yakin juga kepada hukum Allah dan tidak yakin kepada yang lain daripada hukum Islam.

Allah juga menamakan hukum yang lain daripada Islam sebagai jahiliyah atau hukum yang menurut hawa nafsu. Dan yakin kepada hukum yang lain bermakna tidak yakin kepada Allah.

Allah menjanjikan kelebihan, kurniaan, pahala dan syurga serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada siapa yang beriman dan beramal salih. Di antaranya mereka yang menegakkan hukum Allah.

Sementara syaitan pula menjanjikan kemiskinan, kepapaan, kesusahan dan kemunduran kepada siapa yang beramal dengan hukum Allah. Yang mana kamu lebih percaya? Kamu percaya kepada janji Allah atau kepada janji syaitan?

Tepuklah dada kamu dan tanyalah iman yang ada di dalam hati kamu itu. Sekiranya kamu bertanya iman yang sebenar, sudah tentu iman yang sebenar akan menerima hukum Allah.



Biodata Penulis


 
Y.A.B Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 
merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau pernah memangku jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah tahun 1969-1973, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Semasa di Timur Tengah, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Qudsi.Posted on Thursday, August 15 @ 00:48:55 MYT by ahmadi

Allahu Rabbi!!! Video Dan Gambar2 - Kejamnya Tentera Mesir Laksana Pembunuhan Ala Syiah Syria di Mesir.. Jom Saksikan!!!


Video ini menunjukkan beberapa rakyat Mesir yang dibakar


Pelbagai cara pembunuhan dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya sendiri. Bentuk pembunuhan kejam ala syiah di Syria turut dilakukan di tempat terbuka dan disaksikan ramai orang di Medan Rabiatul Adawiyah.

TV al=Quds melaporkan

1. Pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah para syuhada' (bagi melupuskan bukti pembunuhan)

2. Para demostran telah meninggalkan Medan Rabiatul Adawiyah setelah ianya dikuasai sepenuhnya oleh tentera dan polis.

3. Tahaluf Wathani Menyokong Legimitasi: berdasarkan kiraan kami, terdapat 2600 syuhada' yang terkorban sehingga kini di Medan Rabiatul Adawiyah. .

Sementara itu satu maklumat lain mendakwa seperti berikut:

Lebih 2500 - Syahid.

Lebih 3000 - Ditangkap.

Lebih 10000 - Cedera.

Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.

Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.

Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.

Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.

Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.



As Syahidah Asmaa Mohamed El Beltagi, anak perempuan El-Beltagi (El Beltagi merupakan antara pemimpin Ikhwan Muslimin), berusia 17 tahun. Beliau mati akibat peluru yang dilepaskan oleh pihak kudeta di Medan Rabiatul Adawiyah ketika proses meleraikan para penyokong demokrasi pagi tadi.













Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan As Sisi dan kuncu-kuncunya



Islamis Mesir bangkit melawan - Intifada bermula


Thursday, August 15, 2013

Islamis Mesir bangkit melawan - Intifada bermula


Diberitakan walaupun tentera Mesir telah membunuh lebih 2500 dan mencederakan lebih 10000 namun para islamis terus mengadakan bantahan tanpa senjata di seluruh pelusuk negara Mesir. Setiap negeri di Mesir terus mengadakan bantahan besar-besaran menentang rampasan kuasa. 

Bantahan kalai ini semakin merebak ke seluruh negeri dan wilayah di Mesir. Pembunuhan rakyat Mesir di Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah oleh tentera dan polis membangkitkan rasa marah islamis dan pro Morsi.

Para pro demokrasi sekarang berada di Medan Alf Maskan dan membina pentas di sana, mereka menyeru kepada semua yang berada berhampiran untuk menyertai perhimpunan tersebut.



Gambar di atas menunjukkan para demonstran pro demokrasi sedang membina
pentas di Medan Mustafa Mahmud, Mohandisin selepas Medan Nahdhah dihancurkan.
Medan Rabiatul Adawiyah terus menjadi tumpuan para Islamis dan pro Morsi. Beratus-ratus ribu rakyat Mesir sedang berusaha untuk berada di Medan perhimpunan terbesar tersebut.

Perarakan dari Abbasiyah menuju Medan Rabiatul Adawiyah.
Mereka bukan takut bahkan lebih bersemangat!

Perarakan besar besaran menuju ke Medan Rabiatul Adawiyah.
Rakyat mencuba sedaya upaya untuk memasuki medan ini



Kebangkitan semakin besar di seluruh negeri di Mesir. Medan-medan dan dataran-dataran di mesir dibanjiri Islamis dan penyokong Morsi bagi menunjukkan rasa tidak senang dengan rampasan kuasa dan mengutuk pembunuhan beramai-ramai Islamis dan dataran Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah. 
Di Iskandariah sekarang; sejurus selepas serangan di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah. Solidariti terhadap saudara mereka di medan-medan Kaherah\

Warga Zagazig telah melakukan intifadhah untuk menyelamatkan para pro demokrasi di Medan Rabiatul Adawiyah dan Medan Nahdhah dari hadapan Masjid Al Fath dan dari hadapan Dewan Umum Daerah Syarqiyyah.

Gambar di bawah menunjukkan dua buah kereta perisai tentera Mesir. Para Islamis berjaya merampas sebuah kereta perisai dan sebuah lagi dibakar.

Demi survival mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Jihad tanpa melawan dan membiarkan diri terbunuh adalah bunuh diri. Lebih baik gantung diri di rumah sahaja. Tiada tempat di sisi ALLAH untuk mereka yang dayus.

Lantaran itu sebahagian Islamis pro Morsi membulatkan tekad menentang para pembunuh saudara-saudara mereka dengan menawan dan membakar kereta perisai tentera.


Intifada has started...
WAR is the best solution for now
Start killing and stop being killed
this is 'API' from gendang perang
wakaka






VIDEO RAKAMAN KES ROMPAKAN DI JALAN RAYA...TERSEBAR


11 Ogos 2013

VIDEO RAKAMAN KES ROMPAKAN DI JALAN RAYA...TERSEBAR
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=ldE9EvvAQ6c

Malaysia Aman!!! Peh Makin berani!!! Rompakan berlaku di siang hari dan tepi jalan yang sibuk..

Dua buah kereta penyamun ,mungkin guna taktik belah, himpit .....samun...

Berita Mesir : Ribuan Terbunuh , Masjid Raba'ah Al Adawiyah dibakar oleh polis Mesir


Berita Mesir : Ribuan Terbunuh , Masjid Raba'ah Al Adawiyah dibakar oleh polis Mesir



Ribuan Yang Terbunuh Di Mesir, semoga Allah membantu pejuang Islam Di sana ANGKA KEMATIAN MENINGKAT 2200. Maksud Berita Al- Jazeerah: "Hospital Rab"'ah Mengesahkan angka kematian meningkat kepada 2200 manakala angka kecederaan dianggarkan melebihi 10 000."
Semoga Allah hancurkan kezaliman dan memberikan kemenangan tidak lama lahi insyaAllah. 


..2 gambar >>


Masjid Raba'ah Al Adawiyah dibakar oleh polis Mesir !

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI




Terkini : Naib Presiden Mesir sementara, Dr Mohammed El Baradei meletakkan jawatan sebentar tadi. Allahuakhbar! Adly Mansour ku tunggu giliranmu.

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah


15/08/13




1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.


2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK & BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.


3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, wanita2.


4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.


5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.


6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.


7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.


8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.


9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.


10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.


Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM


Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaank HARAM Mesir!n


Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir! -


Gambar keluarga Anwar Ibrahim dan Tun Mahadir Tersebar...!!!


Rabu, 14 Ogos 2013

Gambar keluarga Anwar Ibrahim dan Tun Mahadir Tersebar...!!!
Mmmm....apakanama....kat bawah ni apakanama ada gambar keluarga DSAI dan keluarga Tun M jelas menunjukan berbezaan yang ketara apakanama...antara yang bertudung dan terjojol....hahaha....

Sebab itulah Tun M ni...apakanama...menjadi idola puak UMNO Munafikun....

Apakanama-apakanama....hahaha....

Dicatat oleh Orang ni di 3:42 PG

TERKINI DI MESIR!!!Medan Rabaah diserang oleh tentera Mesir. al Jazeera melaporkan 120 orang syahid.


TERKINI DI MESIR!!!Medan Rabaah diserang oleh tentera Mesir. al Jazeera melaporkan 120 orang syahid.

Rabu, 14 Ogos 2013 | 1ulasan



doktor di sana kehairanan peluru apa yg digunakan anjing2 As Sisi sehingga otak terkeluar dari tengkorak tanpa "rosak"




ini muka2 gampang yg bersuka-ria hasil 'kejayaan' mereka membunuh rakyat mesir yg hanya bersenjata Al Qur'an dan do'a pd pagi tadi.






Perarakan dari Abbasiyah menuju Medan Rabiatul Adawiyah. Mereka bukan takut bahkan lebih bersemangat!
Cukuplah bagi mereka Allah sebagai pelindung, dan Dialah sebaik-baik pelindung.
Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"







Medan Rabaah diserang oleh tentera Mesir. al Jazeera melaporkan 120 orang syahid. 5k cedera.mereka menggunakan peluru hidup dan membakar khemah khemah. insyaAllah, as Sissy akan dibawa ke mahkamah agung di hadapan Rabbul Jalil! ameen.
Sehingga kini dilaporankan dari Hospital Medani, lebih daripada 120 orang telah terkorban manakala seramai 5000 lagi dilaporkan cedera parah.

Teruskan berdoa agar cengkaman dari pihak pengguling dipatahkan dengan pertolongan Allah SWT.

Manakala perkhidmatan kereta api diberhentikan serta merta.

حسبنا الله ونعم الوكيل

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Monday, 12 August 2013

Isu Buku Awakening: Pak Lah Akhirnya Bersuara... Ini Penjelasannya..


Isu Buku Awakening: Pak Lah Akhirnya Bersuara... Ini Penjelasannya..

SEJAK dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya.

Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri.

Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh.

Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan.

Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut.

Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya.

Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatar belakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'.

Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal?

Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini.

Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang.

Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu.

Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing.

Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara.

Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri.

Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah.

Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Saya tak pernah meninggalkan Umno dan insya-ALLAH bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya

Berita Terkini!! Keputusan mahkamah Pelik - Anwar Ibrahim


Isnin, Ogos 12, 2013

Berita Terkini!! Keputusan mahkamah Pelik - Anwar Ibrahim

Keputusan mahkamah kes petisyen pilihan raya jelik dan mengaibkan, kata Anwar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos, 2013.

Penolakan petisyen pilihan raya yang dibuat mahkamah disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keputusan yang sangat jelik dan mengaibkan nama institusi kehakiman negara.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu keputusan yang dibuat hakim berkenaan petisyen adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

"Badan kehakiman memberi gambaran yang cukup membimbangkan. Pertama menolak dengan asas yang paling tidak bertanggungjawab.

"Antara alasan yang diberikan hanya kerana orang yang memohon petisen tidak menghantar sendiri.

"Adakah alasan itu boleh diterima kerana selama ini berpuluh kes yang saya hadapi tidak pernah saya hantar sendiri semua diwakili peguam, "kata beliau kepada wartawan dalam sidang media hari ini di Ibu Pejabat PKR.

Kata Anwar, tambah mengecewakan apabila mahkamah langsung tidak melihat senario penyataan itu sendiri apabila petisyen dikemuka kerana kegagalan pengurusan PRU lalu yang tidak telus dan bebas.

"Kita terima majoriti undi memihak pada Barisan Nasional namun majoriti dan suara dimenangi PR , kerana itu beberapa kes yang diragui kita minta bicarakan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tindakan tersebut sengaja dielakkan kerana tidak mahu isu yang membabitkan kegagalan SPR tidak mahu diketengahkan.

Anwar berkata, penolakan itu tidak bermaksud PR akan menghentikan usaha untuk mendedahkan kegagalan SPR.

Katanya, PR akan mengemukakan beberapa lagi kes ke mahkamah termasuk kes penipuan SPR mengenai dakwat kekal dan undi pos yang akan dibentangkan 2 September kelak.

Ini kerana dakwanya, melalui Kajian Merdeka Center dengan jelas menyatakan BN menang keranaundi pos dan undi awal, tanpa undi itu maka BN akan kecundang.

"Sebab itu kita ambil keputusan untuk tidak bantah di jalanan kita bantah di mahkamah namun dipukul dan terpaksa menerima bayaran tinggi," kata Anwar. - 12 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider

Dicatat oleh Agen DSAI di 4:42 PTG

Sunday, 11 August 2013

NGERI..! Foto Foto Kejadian BOM Meletop Di Tumpat, Kecederaan Yusrizal Mat Zain Perut Terburai


MONDAY, AUGUST 12, 2013

NGERI..! Foto Foto Kejadian BOM Meletop Di Tumpat, Kecederaan Yusrizal Mat Zain Perut Terburai



UNTUK MAKLUMAN AWAL, SATU KEJADIAN LETUPAN BOM TELAH BERLAKU DI TAMAN SRI PERIOK, CABANG EMPAT TUMPAT, KN. REPOT PERTAMA TELAH DIBUAT BERKAIT CHABANG EMPAT/670/13.

RINGKASAN KES:
PADA 11/8/13 JAM L/KURANG 1105HRS MANGSA TELAH TERNAMPAK 1 OBJEK DIATAS KERETA JENIS NAZA CITRA DI HADAPAN RUMAH. DIPERCAYAI MANGSA TELAH SENTUH OBJEK TERSEBUT DAN LETUPAN TELAH BERLAKU.


BUTIR-BUTIR MANGSA:
NAMA:MOHD YUSRIZAL BIN MAT ZAIN
NO KPT:810618-03-5649
PEKERJAAN: KERANI SK MANIK URAI


BUTIRAN KECEDERAAN:
MANGSA MENGALAMI KECEDERAAN PUTUS KEDUA-DUA TANGAN DAN PERUT TERBURAI.
UNIT FORENSIK DAN K9 BERADA DI TEMPAT KEJADIAN. IO INSP SHUHADA 

SEKIAN TERIMA KASIH

POSTED BY LAWYER GARANG AT 9:33 AM

Kerajaan Kedah balun duit rakyat hampir RM100 ribu untuk bayar artis sempena Aidil Fitrie???

Gendang Perang: Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecund...

Gendang Perang: Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecund...: 1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula...

HASIL KAJIAN MENUNJUKKAN TANPA UNDI AWAL DAN UNDI POS PADA PRU 13 LALU, UMNO /BN GAGAL PERTAHANKAN PUTRAJAYA!!!!


HASIL KAJIAN MENUNJUKKAN TANPA UNDI AWAL DAN UNDI POS PADA PRU 13 LALU, UMNO /BN GAGAL PERTAHANKAN PUTRAJAYA!!!!



UMNO/BN diselamatkan oleh undi awal dan undi pos...Itulah hasil kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.

Angka tidak berdusta..Hasil kajian Merdeka Centre menceritakan kisah yang mengejutkan betapa keputusan pilhanraya 13 yang lalu UMNO/BN diselamatkan oleh sistem kontroversi undi awal dan undi pos. Tanpa undi awal/pos UMNO/BN tidak kekal duduk di Putrajaya.Ini sahaja suara yang memberikan kemenangan dan perbezaan kepada UMNO/ BN di 22 kerusi Parlimen. Tanpa mereka 22 kerusi, BN akan terikat dengan pembangkang Pakatan Rakyat menjadikan 111 kerusi.

Tanpa mereka undi pos dan awal, dua pemimpin tertinggi MIC Datuk Seri S Subramaniam (Segamat) dan Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands) tumbang dan tidak akan menjadi ahli Menteri Kabinet yang sedia ada..

Beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan juga jatuh kepada Pakatan Rakyat.Ini maklumat baru telah mendedahkan dalam satu kajian pola pengundian oleh Merdeka Center, yang diperolehi.

Merdeka Center berkata selepas pelucutan dan menganalisis data, membuat kesimpulan yang membolehkan BN telah kehilangan sebanyak 30 kerusi parlimen jika ia tidak bantu dengan undi awal/pos.

Data dari saluran mengundi berbeza daripada 222 kerusi Parlimen telah dianalisis dengan menggunakan sistem yang direka untuk mendedahkan kumpulan semula jadi atau kelompok.

Kajian ini dapat menunjukkan corak mengundi dalam PRU 13 dan disahkan jurang bandar dan luar bandar di Malaysia serta 20% hayunan pengundi Cina dari Barisan Nasional.

Merdeka Center berkata bahawa tanpa undi awal dan undi pos, BN akan kehilangan 22 kerusi Parlimen. Penemuan ini akan menyebabkan kepiluan bagi ahli-ahli politik pembangkang yang telah berkempen untuk beberapa tahun kebelakangan ini untuk penghapusan pengundi pos, dengan alasan bahawa ia menyediakan peluang untuk penipuan dan memberi kelebihan kepada parti pemerintah semasa.

Berikutan pilihan raya umum pada 5 Mei, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen memohon untuk membatalkan keputusan pilihan raya di beberapa buah kawasan.

Alasan utamanya adalah aduan undi pos dan penipuan pengundian awal, menunjukkan bahawa beberapa suara pembangkang yang diterima melalui saluran-saluran ini adalah jauh kurang daripada sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi biasa di seluruh Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata bahawa terdapat kira-kira beberapa 372,000 pengundi pos dan awal termasuk dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan media.

Kehadiran mereka dalam mana-mana kawasan Parlimen adalah penting memandangkan bagaimana rapat berjuang pilihan raya itu. Secara purata terdapat kira-kira 1,100 undi pos dan 800 pengundi awal di setiap kawasan.

30 kerusi Parlimen BN boleh hilang tanpa undi pos / awal adalah: Segamat (93.3% undi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% untuk BN), Muar (87.2% untuk BN), Pulai ( 88.8% kepada BN), Jerai (74.2% untuk BN), Balik Pulau (89.5% untuk BN), Machang (79.2% kepada BN), Labis (89.7% untuk BN), Kuala Selangor (71.7% kepada BN), Beaufort ( 71.7% untuk BN), Kuala Kangsar (76% untuk BN), Hulu Selangor (83.9% untuk BN), Sungai Besar (75.1% untuk BN), Baram (89.2% untuk BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% kepada BN ), Pasir Gudang (89% untuk BN), Tangga Batu (86.4% untuk BN), Titiwangsa (78.9% untuk BN), Tasek Gelugor (68% untuk BN), Tenom (87.6% untuk BN), Bentong (89.9% bagi BN), Cameron Highlands (91.3% untuk BN), Merbok (80.5% untuk BN), Ketereh (81.6% kepada BN), Setiawangsa (81.9% untuk BN), Mas Gading (72.3% kepada BN), dan Keningau(78.4% untuk BN).

Antara ahli-ahli politik yang ketara diselamatkan dengan undi awal/pos adalah Presiden MIC, Palanivel parlimen Cameron Hinghland. Beliau memenangi kerusi Cameron Highlands beliau dengan hanya 462 undi. 

Dan ini selepas mengambil kira 91.3% daripada awal dan undi pos yang dimenanginya.Juga bernasib baik adalah Chua Tee Yong, anak Presiden MCA Chua Soi Lek. Beliau memenangi kerusi Labis dengan hanya 353 undi. Undi awal dan undi pos: 89.7%.

Dalam laporannya, Merdeka Center membuat kesimpulan bahawa "implikasi awal dan undi pos pada pilihan raya ini sudah tentu akan memberikan alasan yang cukup kuat dan padat bagi masyarakat sivil dan pihak pembangkang terus mendesak SPR untuk reformasi lagi proses pilihan raya."






1 comment:


BANYAK SUARA-SUARA MELUAHKAN KETIDAKPUASAN TERHADAP SISTEM UNDI POS SEDIADA. PENIPUAN BUKAN SEMASA HARI UNDI POS ITU KERANA TERDAPAT WAKIL-WAKIL SETIAP PARTI TETAPI BERLAKU BILA HARI PENGUMPULAN UNTUK KIRAAN UNDI POS BILA KERTAS DIUNDI UNTUK PENGUNDI YANG TIDAK MENGUNDI ATAU PINDAH KAWASAN.

Ikhwanul Muslimin mewakili suara majoriti rakyat di Mesir, mereka perlu didengar - Sheikh Ahmed al-Tayyeb


Ikhwanul Muslimin mewakili suara majoriti rakyat di Mesir, mereka perlu didengar - Sheikh Ahmed al-Tayyeb

Imam Al-Azhar sedia jadi pemerhati rundingan damai
12 Ogos 2013




Sheikh Ahmed al-Tayyeb

KAHERAH - Pelbagai usaha menghentikan krisis politik terhadap penggulingan Presiden Mesir Muhammed Mursi di Kaherah masih menemui kegagalan.

Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayyeb berkata, pergolakan itu hanya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan sementara mengundang wakil kuasa politik dari ideologi berbeza untuk duduk berbincang.

“Krisis ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak dapat berbincang. Kami bersedia menjadi pemerhati dalam mesyuarat tersebut,” katanya.

Menurutnya, wakil kerajaan sementara perlu mendengar tuntutan gerakan Ikhwanul Muslimin dalam mesyuarat itu kerana mereka mewakili suara majoriti rakyat di Mesir.

“Mursi dilantik melalui suara demokrasi sekiranya beliau mahu digulingkan, tuntutan itu juga perlu dilakukan secara demokrasi sejajar dengan pilihan raya yang dilakukan ketika pelantikan beliau,” katanya kepada Press TV.

Sejak tentera merampas kuasa pada 3 Julai lalu, lebih 250 penyokong Mursi terbunuh manakala ratusan cedera dalam pertempuran bantahan besar-besaran di sekitar Kaherah.- sumber

Posted by mountdweller at 1:00 PM

ZAKRI ALI: AJK PAS Pusat minta pemimpin Kelantan tidak bodoh ...

ZAKRI ALI: AJK PAS Pusat minta pemimpin Kelantan tidak bodoh ...: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta kepimpinan kerajaan negeri Kelantan jangan ego dan berlagak bodoh sombong apabila ada pihak menegu...

Buletin "Hairan" OnLine: Cuba bayangkan kalau berlaku di Di Penang..

Buletin "Hairan" OnLine: Cuba bayangkan kalau berlaku di Di Penang..: Surau Jadi Tokong Kejadian ini dilaporkan berlaku di Negeri Johor. Cuba bayangkan kalau berlaku di Di Penang Yang Di Perintah Oleh Ketua ...

Wednesday, 7 August 2013

Semoga Syawal berjaya memugar tarbiah Ramadhan.....Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


07 Ogos 2013

Semoga Syawal berjaya memugar tarbiah Ramadhan


29 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Perutusan Idulfitri 1434H


الله أكبر الله أكبر الله أكبر


الله أكبر الله أكبر الله أكبر


الله أكبر الله أكبر الله أكبر


بسم الله الرحمن الرحيم. قال الله تعالي : "قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"


yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah ali-Imran, ayat 26)



Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya kita masih diberikan peluang untuk meraikan Syawwal pada tahun ini. Sama ada ini merupakan Syawwal yang terakhir atau tidak di dalam hidup kita, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya perjalanan hidup ini seluruhnya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah SWT. Dia berhak mematikan sesiapa yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang tanda dan amaran.


Segala kebesaran milik Allah SWT yang menguji kita umat Islam pada Syawwal kali ini dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati di seluruh dunia. Kesemuanya mengingatkan kita agar sentiasa menyedari dan menginsafi bahawa kerajaan adalah milik Allah SWT. Pada hari ini di saat mana-mana kerajaan berkuasa, belum tentu lagi di hari esok ia akan terus menjadi kerajaan. Hakikatnya, kerajaan di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.


Saya menyatakan perkara ini bagi mengingatkan kita semua tentang apa yang sedang berlaku di bumi ambiya' iaitu di Mesir pada hari ini. Kita menyambut Syawwal dalam keadaan saudara-saudara kita di Mesir sedang berdepan dengan rampasan kuasa yang sungguh menyayat hati. Sekalipun demokrasi telah mengesahkan kemenangan kerajaan pilihan rakyat, namun muncung senapang sekali lagi menjadi senjata sekular untuk menidakkan demokrasi. Pada saat rakyat di seluruh Mesir bangkit hanya bersenjatakan doa dan perarakan aman sahaja, mereka dipaksa untuk bersahur dan berbuka dengan berdilan peluru oleh tentera negara mereka sendiri.


Ini juga yang berlaku di Syria. Kita laungkan takbir raya pada saat kaum muslimin di Syria sedang melaungkan takbir jihad. Kita melakukan persiapan membeli pakaian hari raya ketika kaum lelaki di Syria menyiapkan kelengkapan perang menentang rejim zalim yang enggan turun dan tunduk pada desakan rakyat. Hasilnya, saban hari kita melihat gambar-gambar mereka yang terkorban di Syria dibunuh tanpa belas kasihan.


Inilah ujian daripada Allah SWT. Ujian kepada tahap persaudaraan yang kita miliki. Justeru, dalam pada kita riang gembira menyambut hari raya pada kali ini, luangkan masa kita untuk sama-sama menadah tangan agar Allah SWT menurunkan pertolonganNya kepada umat Islam di Mesir, Syria bahkan di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia. Teruskan berjuang dan berdoa, agar kezaliman melutut sujud di hadapan kebenaran.


Semoga Ramadhan yang berlalu berjaya memahat nilai taqwa dalam benak sanubari kita. Semoga Syawwal yang tiba juga berjaya memugar kembali kekuatan hasil tarbiah Ramadhan yang kita lalui. Ingatlah, jika di bulan Ramadhan berlakunya perang Badar, maka di bulan Syawwal telah berlakunya perang Ahzab. Kedua-duanya dimenangi dengan gilang gemilang oleh Rasulullah SAW.


Tiada yang pelik jika pertolongan Allah SWT yang pernah turun di medan Badar dan Ahzab akan turun buat kesekian kalinya untuk umat Islam pada hari ini. Syaratnya, iman dan taqwa hendaklah menjadi hantaran buat meminang nusrah daripada Allah SWT, Tuhan pemilik segala kerajaan.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد


Salam hormat, selamat hari raya Idulfitri 1434H



YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat


Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Posted by Idham Lim at 5:24 PTG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...