Masa PRU 13 dulu aku selalu hadir dalam ceramah politik dari pihak Parti Pakatan Rakyat. Mereka sudah beritahu akan cara mengurangkan harga minyak di Malaysia. Cara penerangan mereka amat mudah. Katanya, Malaysia adalah pengeluar minyak, jadi kenapa harga di Malaysia mahal? Logik juga sebab semua benda dikaitkan dengan harga minyak.
Nak beli ikan kena pakai minyak, kalau tak cam mana nak ke laut. Mesti pakai minyak bawa bot ke laut. Nak buat bangunan, kena bawa bahan pembinaan dari satu tempat ke suatu tempat gunakan lori. Mesti pakai minyak. Nak ke bandar beli bahan untuk berjualan di gerai-gerai makanan, mesti pakai gas, minyak, Kenderaan tak boleh gunakan air? YB boleh ke pakai air? Dalam masa kempen, ada orang kampung cakap jangan gunakan isu minyak, tak ada kena mengena dengan orang kampung. Cari isu lain yang dekat dengan penduduk. Maksudnya seperti pemberian BRIM, bagi Net Book dan sebagainya... Nah sekarang kita rasakan...buka sahaja dia, aku ..anda dan anda semua yang kena kesan rantai ekoran kenaikan harga minyak,TUNGGU KESANYA...carilah isu yang tidak kena-mengena dengan minyak....lembu makan minyak ke ? Naik Motor pakai minyak ke ? Pakai lampu rumah pakai minyak ke ? Tengok Bola Sepak pakai minyak ke ? ...Sama-samalah kita menyumbang untuk negara... haaaaaaaaaaaaaaa...gelak pun pakai minyak...aduh...aduh du..du.duuuuu , mana tahan ! Bil banyak tak bayar lagi....mesti pakai air liur.....
Masa kecik-kecik dulu, bapa selalu cerita kisah wali di kampung. Bila dia tahan motor dan naik motor tu...tiba-tiba motor kehabisan minyak..Dia suru ambil air sungai dan isi dalam tangki...Syaratnya lepas tu jangan buka-buka. Lepas tu motor tadi boleh start...dan berjalan beberapa hari. Tapi empunya motor hairan...macam mana motor boleh jalan gunakan air. Lalu dibuka...kosong tiada apa-apa dalam tangki tadi. Nah...moralnya..di mana aku nak cari Pak Wali tadi., kalau boleh isilah dalam tangki ini.Hahhhh! Aku tak akan buka sampai bila-bila.Kini aku terpaksa hadapi kesukaran ini, bersama orang kampung ku....Di manakan ku cari Pak Wali tu?
Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini. Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi. Kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah. Ini akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahanapi terutamanya petrol dan diesel. Justeru, kenaikan harga petrol dan diesel ini akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah. Apabila harga barang- barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertamabah juga. Inflasi seperi ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima.
Apakata tuan-tuan beli kenderaan ini mesti jimat punya .....tak gaduh minyak naik RM100 seliter pun tak pe ............
No comments:
Post a Comment