Monday, 2 September 2013

Harga Minyak RON 95 Naik 20 Sen (RM2.10). Diesel Naik 20 sen (RM2). Apa Kata Anda?





Harga minyak RON 95 naik 20 sen : Selepas sahaja sekitar 3 bulan lebih berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13, dan dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia bergembira menyambut sambutan kemerdekaan kali yang ke 56.

Hari ini rakyat Malaysia diberikan satu berita yang kurang enak untuk didengar apabila kerajaan Malaysia mengumumkan harga minyak RON 95 dan minyak diesel naik 20 sen.
Kenaikan Terkini Harga Minyak Naik (RON95 & Diesel)

Harga minyak akan naik bermula tengah malam ini :

Harga minyak RON 95 naik 20 sen (RM2.10)
Harga minyak diesel naik 20 sen (RM2.00)
Alasan Kenaikan Terkini Harga Minyak Naik (RON95 & Diesel)

Alasan kenaikan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia seperti yang dijangka :

kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95
kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.00 seliter bagi diesel
Salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan Malaysia

Berita kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen tidak akan terhenti setakat hari ini sahaja. Nantikan gelombang kedua kenaikan iaitu gelombang kenaikan harga barang dan kos sara hidup terutamanya melibatkan golongan pertengahan dan berpendapatan rendah.

P/S : Apa kata dengan berita harga minyak RON 95 naik 20 sen, begitu juga kenaikan harga diesel ini?

Baca 3 Lagi Berita Menarik Di Bawah:
Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia? Berita luar daripada akhbar Berita Harian seperti di atas...
Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik?? Alhamdulillah, kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri telah pun berjanji...
Harga Ikan Naik 30% Akibat Penyelarasan Subsidi Diesel Seperti apa yang kami jangka,harga ikan dinaikkan hingga 30% akibat...

Tags : Harga Minyak


{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }





1wan September 2, 2013, 9:24 pm

syukurlah, malaysia masih aman.. kih3..REPLY



2jack September 2, 2013, 9:50 pm

Ye bersyukurlah. Terima kasih penyokong BN. Kerana andalah kita dapat merasa kenaikan2 harga ini. Kita tunggu pula harga barang dan makanan naik selepas ini. Tunggu…REPLY



3pyan September 2, 2013, 9:30 pm

bangga duk kat msia baru 20 sen je minyak naik terima kasih bebanyak kat KERAjaan barang naikREPLY



4Alahai September 2, 2013, 9:33 pm

X jadi nak beli Suprima S. Nampaknya lakulah vios dan mitsubishi Attrage dan mirage..REPLY



5penjual September 2, 2013, 9:33 pm

aku ade unta nak jual…stok bawak g keje jer…sape nk sila PM aku…barang tiptop condition..xpyh nk isi minyak pasnie..hahahahaREPLY



6Otai September 2, 2013, 9:33 pm

esok kalau aku jumpa penyokong tegar merungut depan aku, aku sepak nanti, bodoh tak leh nak ajar.. AishhhhREPLY



7Fairuz September 2, 2013, 9:38 pm

Apa nak kata lagi, Alhamdulillah, moga negara terus aman, rakyat bahagia.REPLY



8pidot September 2, 2013, 9:40 pm

Dulu nafi…skang terjadi….perlukah kite percayakan kata2 mereka lagi…kami mendengar…n kami melihat…REPLY



9PTD September 2, 2013, 9:41 pm

hadiah ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-56

tak sia2 kerajaan beri kenaikan KGT tahunan 2 kali tahun lepas. kah kah kahREPLY




10abang September 2, 2013, 9:48 pm

terima kasih kerejaan malaysia kerana membantu golongan berpendapatan rendah seperti aku……terima kasih lah….REPLY



11RM2.10 September 2, 2013, 9:54 pm

pe lagik weiii??? nyanyi ler!!

teriiiiiiimaaaaa kaaaaaasihhh! ku ucapkan paaaaaaaaaaadaamu! atas nikmat(ron95 naik 20sen) yang diberiiiikan padaaaaaaaaaaaaku!!

nyanyi ler wei penyokong2 bn sume!!REPLY



12Luncup September 2, 2013, 9:57 pm

Aku dah kata dah,aku dah kata…REPLY



13gerobak September 2, 2013, 10:04 pm

da menang tp mnyak naik apa mcm kamu ni,, knpa x jual mnyak RM50 selite???? baru klas RAKYATMUREPLY



14Anti Tipu September 2, 2013, 10:08 pm

Betul dah aku kata. Bersiap dgn kenaikan harga letrik. Petronas beli ikut harga pasaran. Jual pada tnb harga diskaun. Pastilah petronas tak puashati.
Begitulah nasib rakyat malaysia. Pemimpin kaya raya. Rakyat kucing kurap.REPLY



15Apalai September 2, 2013, 10:11 pm

OK next is GSTREPLY



16senah sewel September 2, 2013, 10:23 pm

Salam sayang senah sewel,

Akak berterima kasih pada yab pm najib kerana bijak mentadbir negara. KahkahkahREPLY




17Mat Jan September 2, 2013, 10:35 pm

Pemimpin gak makan sedap, naik keto besor.sian le kat rakyat nih.REPLY



18awi September 2, 2013, 10:37 pm

Harga minyak di Malaysia lagi murah berbangding negara peng import minyak seperti :Berunai,Singapura,Jepun dan AmerikaREPLY




19kak mah September 2, 2013, 10:53 pm

Kak mah lap u abg jib..muah.REPLY



20Cactus September 2, 2013, 10:53 pm

Tu diaaa yang dijanjikan semasa PRU belum dilaksanakan tapi benda lain pulak yang dibuatnya. DS Najib perbetulkanlah masalah Negara yang sedia ada seperti laksanakan open tender, kaji semula kontrak-kontrak yang telah dimarkup gila gila, elakkan orang tgh yng tak tau ape ape, pelbagaikan ekonomi Negara, kawal kemasukan pati dan barang2 yang tidak melalui kastam sure boleh saving berbillion…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...