Friday, 27 September 2013

Tahniah PAS - lebuh raya rakyat Kelantan ikut perancangan asal



Tahniah PAS - lebuh raya rakyat Kelantan ikut perancangan asal

Walaupun apa yang berlaku dalam melaksanakan projek lebuhraya rakyat Kelantan tiada kaitan dengan gua secara peribadi. Tetapi oleh kerana projek tersebut adalah maruah PAS maka seharusnya gua sedih jika gagal dan berbangga jika berjaya. 

Sehingga kini projek pembinaan lebuh raya rakyat Kelantan terus menjadi sendaan kepada kebanyakan penyokong dan pendokong Umno. Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai yang diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk diusahakan sendiri oleh kerajaan Kelantan bukanlah suatu mimpi. Bahkan ia suatu projek yang “viable” dan telah melalui kajian “ficibility”.

Sebagaimana yang difahamkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Haji Husam Musa, ilham Tuan Guru tersebut dicetuskan kepada beliau sebanyak tiga kali setelah Tuan Guru meyakini bahawa Umno yang menerajui kerajaan pusat terus bersikap mendiskriminasikan Kelantan di bawah pimpinan PAS.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi bila mana kepimpinan kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob terus dengan pendirian membina lebuh raya rakyat.

Berdasarkan penerangan Datuk Haji Husam Musa, boleh kita fahami bahawa prinsip asas kepada pembinaan lebuh raya rakyat ialah satu amalan perkongsian pintar antara pihak swasta dan kerajaan negeri. Dalam projek tersebut, kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK bertindak sebagai pemudahcara.

Sebuah syarikat pembinaan lebuh raya yang berpengkalan di Korea telah bersetuju membina lebuh raya rakyat dengan kos RM1.8 bilion. Sebagai balasan kepada kesediaan syarikat gergasi ketiga korea tersebut, menurut perancangan awal kerajaan Kelantan hanya menyediakan suatu kawasan yang bernilai RM2.5 bilion yang mana diberi hak untuk diusahakan kepada syarikat Korea yang terlibat.

Uniknya pembinaan lebuh raya rakyat, tiada keperluan untuk kerajaan Kelantan membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat pelaksana sebagaimana amalan yang menjadi kebiasaan. Di sinilah keterampilan ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam memastikan setiap sen harta rakyat yang diamanahkan ditadbir dan diuruskan sehabis baik.

Antara propaganda yang terus dimainkan oleh media-media anti PAS termasuklah betapa projek tersebut tidak melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan tidak diketahui parti. Dalam program penerangan di Kota Bharu yang diadakan semalam, khamis 26 September, YB Datuk Paduka Haji Husam Musa memperincikan bahawa seawal Julai 2011, projek pembinaan lebuh raya rakyat telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan turut dibincangkan dalam Lajnah Politik serta Dewan Harian PAS.

Justeru, sebagai penyokong dan pendokong PAS, setiap dari kita bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang sehabis tepat kepada rakyat yang sentiasa dimomokkan dengan pelbagai fakta yang mengelirukan oleh media-media yang dikuasai Umno. Harus kita insaf, masih ramai dalam kalangan orang Melayu yang terus meletakkan sikap terlebih waspada kepada keupayaan PAS meneraju kerajaan apabila diberi hak memerintah Putrajaya.

Jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri ditadbir PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai contoh yang sentiasa boleh dirujuk untuk rakyat memahami situasi sebenar. Usaha untuk memenangi hati rakyat bukan hanya pada musim pilihan raya.

Sebagai umat yang dipandu wahyu dan sunnah Rasul Allah SAW, setiap saat kita diberi pilihan untuk sama ada berbuat kebajikan dan beramal soleh atau membiarkan sahaja masa berlalu dengan kerugian. Ayuh, terus berjihad dengan setiap keupayaan demi memenangkan Islam di bumi bertuah ini. – 21 Zulkaedah 1434H. HD

Dengan berita gembira ini juga maka terbatallah berita lalu yang juga disiarkan harakah daily yang menyebut antara lain Kelantan berbincang untuk mendapatkan bantuan dana daripada IDB. Gua benar-benar kuciwa dengan berita tersebut.

Rintihan Hidup Ahli Umno tegar.


Rintihan Hidup Ahli Umno tegar.

>> FRIDAY, SEPTEMBER 27, 2013

Abah Anas Ar Rembawi
Namo sey ni KARIM... pongundi bordaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN REMBAU.Sey tulis surat ni bukan apo2 do... sajo yor nak ucapkan timo kasih yg amek kat YB-YB sekalian sebab monaikkan rogo minyak hari tu... lopeh ni bilo rogo minyak naik,rogo barang yang lain pun akan naik jugak laaa... banggo boto raso sey... macam duduk kek LAS VEGAS plak...

Sey janji dongan YB2 sumo,yang sey akan ubah tabiat sey dari makan ikan kombung yang dah merah monyalo mato eh dan pocah bodorai porut ikan tu pado ikan koring yor.. sey sanggup berkorban untuk negaro...

Anak sey yang 7 orang tu yang dah buleh buek team futsal tu buleh la borkojo lopeh sekolah, buek bantu omak ayah dorang ni haaa... kalau tak kojo pun buleh la jadi mat rempit kek SENAWANG tu ha... dapek jugakla duit sikit... buleh la monoruskan tradisi keluargo sey yang tak peghonah dorhako kek negaro yang sey cintai..

Raso2 eh, sey nak ubah suai bilik2 yang ado kek rumah sey.... nak buek tompek bolo ikan dongan tanam sayur cagho hidroponik... sey torpakso tanam kek dalam bilik sobab sey tinggal dokek rumah flat yor (apo binche'eh)...

Rebet yang YB2 bagi kek sey molampuih lobih eh dari koporluan sey tu... bilo sey congak-congak an, sey cumo guno 20sen yor duit minyak motor sohari... adalah untung 21 sen... bak kato si SAIDAH AF6 'okey la tuuuuuu'.

Team futsal sey tu, nak sughuh eksesais hari2 borjalan kaki tak pun naik basikal poi sokolah... adolah dalam 5 km... dokek yor tuuuuu...

Buek pormulaan nak ubah kehidupan sey.... sey takkan gunokan gulo bilo buek kopi.... takkan gunokan topung buek cokodok.... sey nak gantikan boreh dongan ubi... tiap2 hari sey dongan keluargo akan berposo (kecuali hari2 yang diharamkan berposo)... itu antagho cagho sey ngubah an cagho hidup sey..

Ado banyak laie cagho... sumo kono negaro kito... dan sey mintak bebonar YB naikkan sokali rogo TOL sobab jiran sobolah sey ni orang pombangkang... dio solalu guno an highway... biar padan muko eh... bayarla tol banyak2...

Jangan pulo diturunkan gaji montoghi2... sian diorang... anak bini nak makan apo... tak dapek nak 'menyoping' kek LANDEN...

Akhir kato... sey totap sokong YB2 sokalian...sey takkan sokong pombangkang... ntah apo2 ntah... Jangan lupo yor YB... naikkan rogo tol banyak2 biar orang sobolah rumah sey ni 'tojoley lidah'eh nak bayar an...

sokian timo kasih...

pocah kaco, pocah goleh,
dah baco, harap baleh
Kikiki

Monday, 2 September 2013

Selingkar Kisah ...Kenangan PRU 13...


Masa PRU 13 dulu aku selalu hadir dalam ceramah politik dari pihak Parti Pakatan Rakyat. Mereka sudah beritahu akan cara mengurangkan harga minyak di Malaysia. Cara penerangan mereka amat mudah. Katanya, Malaysia adalah pengeluar minyak, jadi kenapa harga di Malaysia mahal? Logik juga sebab semua benda dikaitkan dengan harga minyak.

Nak beli ikan kena pakai minyak, kalau tak cam mana nak ke laut. Mesti pakai minyak bawa bot ke laut. Nak buat bangunan, kena bawa bahan pembinaan dari satu tempat ke suatu tempat gunakan lori. Mesti pakai minyak. Nak ke bandar beli bahan untuk berjualan di gerai-gerai makanan, mesti pakai gas, minyak, Kenderaan tak boleh gunakan air? YB  boleh ke pakai air? Dalam masa kempen, ada orang kampung cakap jangan gunakan isu minyak, tak ada kena mengena dengan orang kampung. Cari isu lain yang dekat dengan penduduk. Maksudnya seperti pemberian BRIM, bagi Net Book dan sebagainya... Nah sekarang kita rasakan...buka sahaja dia, aku ..anda dan anda semua yang kena kesan rantai ekoran kenaikan harga minyak,TUNGGU KESANYA...carilah isu yang tidak kena-mengena dengan minyak....lembu makan minyak ke ? Naik Motor pakai minyak ke ? Pakai lampu rumah pakai minyak ke ?  Tengok Bola Sepak pakai minyak ke ? ...Sama-samalah kita menyumbang untuk negara... haaaaaaaaaaaaaaa...gelak pun pakai minyak...aduh...aduh du..du.duuuuu , mana tahan ! Bil banyak tak bayar lagi....mesti pakai air liur.....




Masa kecik-kecik dulu, bapa selalu cerita kisah wali di kampung. Bila dia tahan motor dan naik motor tu...tiba-tiba motor kehabisan minyak..Dia suru ambil air sungai dan isi dalam tangki...Syaratnya lepas tu jangan buka-buka. Lepas tu motor tadi boleh start...dan berjalan beberapa hari. Tapi empunya motor hairan...macam mana motor boleh jalan gunakan air. Lalu dibuka...kosong tiada apa-apa dalam tangki tadi. Nah...moralnya..di mana aku nak cari  Pak Wali tadi., kalau boleh isilah dalam tangki ini.Hahhhh! Aku tak akan buka sampai bila-bila.Kini aku terpaksa hadapi kesukaran ini, bersama orang kampung ku....Di manakan ku cari Pak Wali tu?


Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini. Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi. Kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah. Ini akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahanapi terutamanya petrol dan diesel. Justeru, kenaikan harga petrol dan diesel ini akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah. Apabila harga barang- barang lain meningkat maka beban atau kos hidup akan bertamabah juga. Inflasi seperi ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima.



Apakata tuan-tuan beli kenderaan ini mesti jimat punya .....tak gaduh minyak naik RM100 seliter pun tak pe ............








Naik dua kupangpun bising ...


Monday, September 2, 2013

Naik dua kupangpun bising ...

Tima kasihle kepade kome2 yang ngundi ameno ... mesti kome seghonok kan kan kan?

Dicatat oleh Mamamat di 8:57 PM

MUNAFIK TULEN!!!!.



Inilah perangai sejati abadi sampai ketulang sonsom pemimpin agung kesayangan para ahli dan penyokong UMNO.

Sebelum PRU berjanji tidak akan naikan harga petrol .. Tak sampai 4 bulan menang PRU terus khianati janjinya.

Orang macam ini adalah tergolong salah seorang yang layak bergelar munafik tulen!!!!

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK TULEN..

Sabda Rasulullah S.A.W. yang maksudnya:

Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

EKORAN HARGA MINYAK NAIK, ADA PENYOKONG UMNO YANG SUDAH MULA MELUAT DENGAN NAJIB ( 3 GAMBAR)


Monday, September 2, 2013




Anwar Ibrahim: Kerajaan Belanja Boros, Bebankan Rakyat


Anwar Ibrahim: Kerajaan Belanja Boros, Bebankan Rakyat


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.



"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.

Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!" - malaysiakini

Kepada Macai BN Brimmmkan adooo [ Diesel, RON95 naik 20 sen ]


2/09/13

Kepada Macai BN Brimmmkan adooo [ Diesel, RON95 naik 20 sen ]



Kejap naik kejap tak naik, sekejap kabar angin kejap idak ishhhh pening rakyat marhaen dibuatnya .

Heboh dialam maya dengan cerita kesah kenaikan harga minyak petrol akan naik 20 sen esok .

Hingga menjadi pedebatan dilaman sosial kerana ada yang menakfikan dan ada yang mengiakan...

Tetapi akhirnya kesahihan berita kenaikkan minyak terjawap dengan berita ini...

Diesel, RON95 naik 20 sen

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010= -mk

Terima kasih BN...

Terima Kasih Najib..

Ingatkan Ron 95 sahaja yang naik rupanya diesel pun turut naik...

Ha ha Tak po kepada Macai BN Brimmmkan adooo..

Minyak mahal Macai tak kesah janji negara aman yak yak....

Panas...!!! Harga Minyak Tidak Naik Info Pengarah KPDNKK - Pn Norison Ramli


Isnin, 2 September 2013


Utk makluman, berita harga minyak Ron 95 yg dikatakan akan dinaikkan sbyk 20 sen itu adalah merupakan khabar angin semata2, kenaikan harga minyak masih dalam peringkat kajian dan kerajaan akan cuba sedaya upaya utk tidak naikkan sebarang harga minyak dalam masa terdekat ini, kepentingan rakyat diambil kira dalam hal berkaitan harga minyak demi tidak membebankan lagi apa yg ditanggung rakyat pada masa ini. Oleh itu sekiranya ada desas desus tentang kenaikan harga minyak, sila abaikan..... info ini dari Pengarah KPDNKK sendiri Pn Norison Ramli. harap maklum. - Sumber dari blog pencacai UMNO Munafikun yang tidak percaya akan kenaikan minyak.

Camana ni..??? Info dari Pengarah KPDNKK konon-nyatidak naik, ini telah didakwa oleh penulis blog tersohor UMNO Munafikun Cikgu Najmi(Ketua UMNO Cawangan Kg Expo Khabonye...belum pencen udah ada jawatan dalam UMNO ye..hehe..).

Berbalik cerita pasal harga minyak yang bakal naik malam ini. Mungkin puak blogger UMNO sendiri tak percaya dengan berita yang memanaskan telinga dan bontot ini, Orangni tau...walaupun mereka taksub dengan UMNO Munafikun sekalipun...andaikata harga minyak naik pasti mereka turut tak suka...hahaha....

Apapun agak pelik juga jika Pengarah KPDNKK sendiri kata tak naik,itu hanya berita angin -sedangkan dah keluar kenyataan di Media Massa Rasmi yang disahkan oleh PM Najib bahawa harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.


Hahaha...Kepada semua pecacai UMNO Munafikun_Ayuh..!!!! Sambutan Kemerdekaan disambut dengan semangat Petrolnaik......ayuh kibarkan jalur gemilang dengan bersongkok tinggi dan berjambul terjojol serta laungkan Hidup UMNO..!!! Hidup UMNO...!!! Hidup UMNO...!!! Mampus Rakyat....hahahaha....


Ketahuilah TaipingMali and Krew...Minyak petrol adalah IBU HARGA kepada semua barang. Kalau minyak naik harga pisang goreng tepi jalan pun naik, barang runcit naik, sayur naik, semua naik . Ini mungkin hadiah UMNO BN sempena 56 tahun merdeka....apa mungkin juga sebelum isi minyak tengah malam ini korang nyanyi dulu lagu kebangsaan kat depan pump minyak...aku nak ambik gambar.......hahaha....

** Selepas 2minit artikal ini di siarkan...Blog Taipingmalaun Cikgu Bahlol Najmi dah padam artikal tajuk seperti gambar atas sekali...hahaha... Kenape..?? Udah boleh terima kenyataan harga minyak naik ke cikgu..??? Hahaha....

GAMBAR ACCIDENT DI STESYEN MINYAK AKIBAT MINYAK NAIK


02 September 2013




Bahana minyak naik sampai accident berlaku di Stesyen Minyak Shell Durian Tunggal Melaka. Rakyat jadi mangsa ...

Bila mengenangkan semua, kita tidak marah kepada kerajaan BN tetapi geram dan kesal dengan rakyat yang mengundi BN .......SPR yang menjalankan PRU tidak telus dan .....rakyat yang makan rasuah politik .........

Harga Minyak RON 95 Naik 20 Sen (RM2.10). Diesel Naik 20 sen (RM2). Apa Kata Anda?





Harga minyak RON 95 naik 20 sen : Selepas sahaja sekitar 3 bulan lebih berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13, dan dalam pada masa yang sama rakyat Malaysia bergembira menyambut sambutan kemerdekaan kali yang ke 56.

Hari ini rakyat Malaysia diberikan satu berita yang kurang enak untuk didengar apabila kerajaan Malaysia mengumumkan harga minyak RON 95 dan minyak diesel naik 20 sen.
Kenaikan Terkini Harga Minyak Naik (RON95 & Diesel)

Harga minyak akan naik bermula tengah malam ini :

Harga minyak RON 95 naik 20 sen (RM2.10)
Harga minyak diesel naik 20 sen (RM2.00)
Alasan Kenaikan Terkini Harga Minyak Naik (RON95 & Diesel)

Alasan kenaikan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia seperti yang dijangka :

kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95
kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.00 seliter bagi diesel
Salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan Malaysia

Berita kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen tidak akan terhenti setakat hari ini sahaja. Nantikan gelombang kedua kenaikan iaitu gelombang kenaikan harga barang dan kos sara hidup terutamanya melibatkan golongan pertengahan dan berpendapatan rendah.

P/S : Apa kata dengan berita harga minyak RON 95 naik 20 sen, begitu juga kenaikan harga diesel ini?

Baca 3 Lagi Berita Menarik Di Bawah:
Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia? Berita luar daripada akhbar Berita Harian seperti di atas...
Harga Minyak RON95 Tidak Naik Buat Masa Ini, Walaupun Harga Minyak Dunia Naik?? Alhamdulillah, kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri telah pun berjanji...
Harga Ikan Naik 30% Akibat Penyelarasan Subsidi Diesel Seperti apa yang kami jangka,harga ikan dinaikkan hingga 30% akibat...

Tags : Harga Minyak


{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }





1wan September 2, 2013, 9:24 pm

syukurlah, malaysia masih aman.. kih3..REPLY



2jack September 2, 2013, 9:50 pm

Ye bersyukurlah. Terima kasih penyokong BN. Kerana andalah kita dapat merasa kenaikan2 harga ini. Kita tunggu pula harga barang dan makanan naik selepas ini. Tunggu…REPLY



3pyan September 2, 2013, 9:30 pm

bangga duk kat msia baru 20 sen je minyak naik terima kasih bebanyak kat KERAjaan barang naikREPLY



4Alahai September 2, 2013, 9:33 pm

X jadi nak beli Suprima S. Nampaknya lakulah vios dan mitsubishi Attrage dan mirage..REPLY



5penjual September 2, 2013, 9:33 pm

aku ade unta nak jual…stok bawak g keje jer…sape nk sila PM aku…barang tiptop condition..xpyh nk isi minyak pasnie..hahahahaREPLY



6Otai September 2, 2013, 9:33 pm

esok kalau aku jumpa penyokong tegar merungut depan aku, aku sepak nanti, bodoh tak leh nak ajar.. AishhhhREPLY



7Fairuz September 2, 2013, 9:38 pm

Apa nak kata lagi, Alhamdulillah, moga negara terus aman, rakyat bahagia.REPLY



8pidot September 2, 2013, 9:40 pm

Dulu nafi…skang terjadi….perlukah kite percayakan kata2 mereka lagi…kami mendengar…n kami melihat…REPLY



9PTD September 2, 2013, 9:41 pm

hadiah ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-56

tak sia2 kerajaan beri kenaikan KGT tahunan 2 kali tahun lepas. kah kah kahREPLY




10abang September 2, 2013, 9:48 pm

terima kasih kerejaan malaysia kerana membantu golongan berpendapatan rendah seperti aku……terima kasih lah….REPLY



11RM2.10 September 2, 2013, 9:54 pm

pe lagik weiii??? nyanyi ler!!

teriiiiiiimaaaaa kaaaaaasihhh! ku ucapkan paaaaaaaaaaadaamu! atas nikmat(ron95 naik 20sen) yang diberiiiikan padaaaaaaaaaaaaku!!

nyanyi ler wei penyokong2 bn sume!!REPLY



12Luncup September 2, 2013, 9:57 pm

Aku dah kata dah,aku dah kata…REPLY



13gerobak September 2, 2013, 10:04 pm

da menang tp mnyak naik apa mcm kamu ni,, knpa x jual mnyak RM50 selite???? baru klas RAKYATMUREPLY



14Anti Tipu September 2, 2013, 10:08 pm

Betul dah aku kata. Bersiap dgn kenaikan harga letrik. Petronas beli ikut harga pasaran. Jual pada tnb harga diskaun. Pastilah petronas tak puashati.
Begitulah nasib rakyat malaysia. Pemimpin kaya raya. Rakyat kucing kurap.REPLY



15Apalai September 2, 2013, 10:11 pm

OK next is GSTREPLY



16senah sewel September 2, 2013, 10:23 pm

Salam sayang senah sewel,

Akak berterima kasih pada yab pm najib kerana bijak mentadbir negara. KahkahkahREPLY




17Mat Jan September 2, 2013, 10:35 pm

Pemimpin gak makan sedap, naik keto besor.sian le kat rakyat nih.REPLY



18awi September 2, 2013, 10:37 pm

Harga minyak di Malaysia lagi murah berbangding negara peng import minyak seperti :Berunai,Singapura,Jepun dan AmerikaREPLY




19kak mah September 2, 2013, 10:53 pm

Kak mah lap u abg jib..muah.REPLY



20Cactus September 2, 2013, 10:53 pm

Tu diaaa yang dijanjikan semasa PRU belum dilaksanakan tapi benda lain pulak yang dibuatnya. DS Najib perbetulkanlah masalah Negara yang sedia ada seperti laksanakan open tender, kaji semula kontrak-kontrak yang telah dimarkup gila gila, elakkan orang tgh yng tak tau ape ape, pelbagaikan ekonomi Negara, kawal kemasukan pati dan barang2 yang tidak melalui kastam sure boleh saving berbillion…

HADIAH TERBAIK.... minyak RON95 naik 20 sen tengah malam ini !!!

02 September 2013

MARI KITA TEPUK TANGAN....HA...HA...HA...




Najib umum minyak RON95 naik 20 sen tengah malam ini



Ramai pemandu kereta mengunjung stesen minyak malam ini, kerana ingin mengisi penuh tangki minyak kereta mereka sebelum harga minyak RON95 dan disel naik mulai tengah malam. 

Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.


Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter dan diesel pula RM1.80 seliter.

Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.



Kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini mencetuskan kekecewaan di alam maya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...