Monday, 29 July 2013
DILEMA CINA, DILEMA MELAYU, DILEMA UMNO, DILEMA TUN DR MAHATHIR
DILEMA DILEMA
Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.
“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.
Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.
“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan. Teruskan baca disini
Apa dia Dilema UMNO?
Nampaknya ramai pembaca tidak dapat membezakan antara sokongan kepada pimpinan UMNO dengan sokongan terhadap idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Inilah masaalah pokok nya. Walhal, ianya dua perkara berbeza. Mempertahankan kepimpinan UMNO tidak sama dengan mempertahan idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Idea atau konsep memperjuangkan kepentingan Melayu adalah hak semua orang Melayu. Dan idea itu bukan hak milik persendirian dan mutlak pimpinan dan ahli UMNO sahaja.ianya boleh disebut, suarakan dan dilaksanakan oleh semua orang Melayu.
Melayu UMNO tidaklah ada kelebihan daripada Melayu bukan-UMNO. Kebetulan mereka berada dalam UMNO yang mempunyai ahli seramai 3.4juta diseluruh negara. Mungkin ini yang memberi perasaan angkuh kepada ahli UMNO bahawa mereka sahaja yang berhak bercakap untuk kepentingan Melayu. Jika dalam PRU13 lalu, calun2 UMNO secara direct mendapat 3.4juta undi secara keseluruhan, ini baru sama dengan jumlah ahli nya. Ertinya, UMNO tidak mendapat sokongan dari rakyat yang melata. Dalam PRU lalu, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 7.3 juta. Bermakna, kita boleh bercakap bagi pihak 3.9 juta Melayu yang tidak menyokong UMNO.
Mempertahankan pimpinan UMNO adalah kerja orang UMNO. Mempertahankan kepentingan orang Melayu adalah kerja SEMUA orang Melayu. Sementara orang UMNO boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana mereka Melayu, kerja dan tanggungawab itu, bukan hak mutlak mereka. Teruskan baca disini.
Satu Demi Satu Mahathir Menyanggah Najib, Tapi Kesudahannya Apa?
Apabila Mahathir terus menunjukkan sikap perkaumannya, dengan terbaru menyatakan mengenai dilema orang Cina sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya menunnjukkan beliau semakin berbeza dengan Najib. Najib yang memperkenallan 1Malaysia untuk mendapatkan undi kaum Cina, setelah ditolak oleh mereka pun tetap dengan sikap toleransi dan merintih terhadap sokongan kaum itu.
Berbeza dengan Mahathir, bermula dengan buku Dilema Melayu yang memperlihatkan sikap ultra Melayunya, kemudian 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan dan kini menjadi pesara paling berkuasa, sikapnya terhadap Melayu tidak banyak berubah. Walaupun memperjuangkan Melayu tetapi semasa menjadi Perdana Menteri, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai kaum termasuk Cina.
Tulisan terbaru Mahathir mengenai dilema kaum Cina negara ini yang telah menguasai ekonomi dan perniagaan dan kini berada dalam dilema sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa daripada Melayu, boleh dibaca dengan tafsiran yang pelbagai tetapi yang jelasnya ia menunjukkan perbezaannya yang makin ketara dengan Najib. Teruskan baca disini
No comments:
Post a Comment