Friday, 26 April 2013

PECAH BERITA! Tuan Guru Nik Aziz Dedah Satu Rahsia Dalam Sepucuk Surat!




Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi,tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.

Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.

Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:


“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim,  berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada  marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia  dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”

Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam dan Putrajaya.

Dicatat Oleh Jalan Pulang pada jam 7:36 PM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...