Tuesday, 23 April 2013

Budak Hitam


     Alangkah malangnya nasib 4 budak hitam ini. Sudahlah disingkirkan dari rumah gadang oleh tok nenek kebayan tanpa belas kasihan. Jasa-jasa mereka seperti tidak diendahkan oleh kaum kerabat tok dan nenek kebayan. Bukan itu sahaja, sahabat handai 4 budak hitam juga tidak memperdulikan mereka lagi.Hari khamis lepas seorang-seorang rakan-rakan mereka keluar dari rumah persinggahan ketua budak hitam. Ada yang menangis, ada yang menyapu dan mengelap air mata yang keluar. Sedih sungguh nampaknya mereka. Apakan daya tempoh  guna sudah berakhir.

     Tidak dipilih menghuni rumah ghadang bukanlah bermakna berakhirnya perjuangan. Tetapi bermulanya satu era baru dalam hidup budak hitam. Mereka mula menyusun strategi untuk memporak perandakan rumah ghadang. Seekor budak hitam telah menyatakan sokongan yang jitu kepada  semua penghuni rumah ghadang yang baru. Itu cuma di depan khalayak ramai. Dalam perjumpaan sesama rakan, mereka telah merancang strategi, biar putih tulang jangan putih mata. Jika sayangkan kami lagi, janganlah nampak gembira, sedangkan 4 budak hitam telah tersingkir. Kalau sedih buatlah cara sedih. Sokong pun biarlah cara sedih. Kalau pasang sepanduk, bendera atau billboard tu, biarlah berpada-pada. Kalau ada 10, pasang 3 atau 4 sahaja. Biar tok dan nenek kebayan tahu akan protes kita, kata budak hitam pada rakan taulan.

     Kini anak buah, sahabat handai taulan faham apa itu siasah perjuangan. Dalam menyokong ada penentangan. Dalam menentang ada perjuangan untuk mengisi prinsip real politik. Selamat bermula era baru bagi 4 budak hitam.Hiduppp siasah politik JELEBUUU.

NOTA:- CALON MESTI ADA SIKAP GENTLEMAN, BARU BOLEH MENANG...YO KO. SIKAP SUPERMAN BARU BOLEH MENANG...KUAT, GAGAH PERKASA...BUKAN PERKASA TU...HAAAAA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...