Tuesday, 30 April 2013

INI KALILAH:Seremban!


INI KALILAH : UMNO BN Nazak, 20K Banjiri Bandar AmpangaSeremban!





Paling kurang 20,000 rakyat Seremban, Negeri Sembilan dari pelbagai kaum, tua dan muda telah turun berhimpun di Betaria Business Centre, Jalan Siamang Gagap Seremban,       Negeri       Sembilan,    malam       tadi       30hb       April       2013.

Para penganjur memaklumkan bahawa pihaknya telah cuba nak menempah Padang MPS tetapi pihak Majlis Perbandaran Seremban enggan sewakan, begitu juga dengan Stadium Negeri Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, pun tidak dibenarkan, maka tiada pilihan terpaksa  juga  cari  tempat  kosong  yang  berkedudukan  dalam  DUN  Ampangan.

Punyalah  sesak dan padat  dilokasi ceramah sehingga melimpah kedua belah jalan.
Kenderaan terpaksa diletakkan 1km dari kedua arah... Laungan reformasi.. Ini kalilah.. Ubah.. lawan tetap lawan, sering dilaungan... Cukup meriah dan bersemangat sekali... Memperlihatkan kesungguhan rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya mau melakukan  perubahan...  Mood  perubahan  cukup  tebal  dan  pekat  sekali.  -omakkau

Apa yang pasti perhimpunan malam tadi sudah cukup membuat Najib dan seluruh pimpinan   UMNO/BN   gusar   dan   tidak   bermaya...HARI   UMNO   UNTUK   MENJADI PEMBANGKANG SUDAH HAMPIR TIBA,


Sumber gambar: http://omakkau.blogspot.com/2013/05/koleksi-rakaman-gambar-ceramah-pr.html?

Tiada perkara mustahil dalam dunia politik!

Monday, 29 April 2013

Pertang: pertembungan calon anak muda melawan calon veteran!



Umno Jelebu nampaknya konsisten meletakkan calon berusia veteran di Pertang sejak PRU 1995. Mantan wakil rakyat Pertang, Datuk Razak Mansor mula menyandang jawatan Adun Pertang dari 1995-2013. Ini bermakna beliau telah melalui empat PRU iaitu PRU 1995, 1999,2004 dan 2008. Agak beruntung kerana pada penggal 2008-2013, beliau bakal mendapat pencen penuh sebagai wakil rakyat berbanding tiga penggal beliau sebelum itu.












Kali ini dalam PRU-13, Umno sekali lagi meletakkan seorang calon baru di Pertang tetapi orang lama dalam Bahagian Jelebu iaitu Datuk Jalaludin Alias. Beliau ini pernah menjadi wakil rakyat Dun Klawang pada penggal 2004-2008. Jalaludin boleh dianggap sebagai calon usia veteran.


Keadilan NS juga turut mencatat satu sejarah di Pertang iaitu konsisten meletakkan calon baru dari wakil anak muda (AMK). Sejak PRU 2004 dan 2008, Keadilan NS telah membariskan calon daripada Angkatan Muda Keadilan.

PRU 2004 lalu, Keadilan telah meletakkan Shahril Zakaria (gambar atas) sebagai calon. Ketika itu beliau berusia 36 tahun.

Waktu itu beliau berhadapan dengan calon Umno  iaitu Datuk Razak Mansor. Walaupun tewas akan tetapi Keadilan telah menang di daerah mengundi Pasoh 4 yang menjadi catatan sejarah sebagai parti pembangkang pertama memenangi kawasan Felda di Negeri Sembilan.

PRU 2008 menyaksikan Umno mengekalkan Razak Mansor sebagai calon bagi kali keempat sejak PRU 1995. Ia adalah gambaran jelas samada Umno di Pertang ketandusan calon wibawa atau berlaku situasi mempertahankan proksi Rais Yatim di situ.

Keadilan pada PRU 2008 telah meletakkan Ketua AMK Negeri Sembilan ketika itu, Halim A. Aziz. Beliau berusia 35 tahun sewaktu menjadi calon Pertang  yang berasal dari Pasoh.


PRU-13

Kali ini dalam sebuah pilihanraya umum yang bakal menentukan hidup mati Umno-BN, Pertang sekali lagi memperlihatkan pertentangan antara calon veteran Umno melawan calon muda Keadilan.

Muhamad  Syamwill bin Mertadza menjadi pertaruhan berharga yang diletakkan sebagai calon Keadilan. Beliau berusia 30 tahun dan memiliki ijazah Pengajian Usuludin. Sebelum ini, beliau merupakan Penolong Pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Ada perbincangan-perbincangan politik menyebut perlawanan di Pertang kali ini merupakan pertembungan moral. Calon Umno dikhabarkan mempunyai banyak isu-isu moral yang diketahui oleh pimpinan Umno Bahagian dan seperti kebiasaan ia disenyapkan tanpa ada bukti sahih. Manakala Keadilan tampil dengan calon bersih yang berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Pemilihan calon Umno untuk PRU 13 membuktikan Umno Jelebu tidak bersedia untuk melakukan perubahan mutlak tetapi hanya melakukan pertukaran orang-orang mereka ke tempat selamat. Sebelum ini telah dihebohkan bahawa Pengarah JASA Negeri Sembilan, Abdul Hamid Othman bakal menjadi calon Umno di Pertang. Beliau pernah memegang jawatan setiausaha bahagian dan juga pernah berada seketika bersama Keadilan Jelebu ketika era Reformasi dahulu. Mungkin khuatir berlaku sabotaj atau 'pengkhianatan dalam', nama beliau diketepikan.

Jalaluddin adalah orang veteran Umno yang tidak sebulu dengan mantan Adun Pertang kerana bukan berada dalam satu proksi. Mungkin dari segi pengalaman politik, Jalaluddin terkedepan daripada Syamwill. Namun itu bukan suatu faktor yang boleh menjadi pemangkin besar untuk beliau menang mudah di Pertang.

Sejak gelombang politik berlaku era Semangat 46 dan Reformasi, Dun Pertang bukan lagi kubu kental Umno sebagaimana era 1970-1989. Harus diingat bahawa Pertang buat kali pertama dalam sejarah PRU telah dimenangi oleh seorang calon Bebas iaitu Dato Hj Aminuddin Abdul Manaf pada PRU 1959 yang mengalahkan calon Umno-Ibrahim Mansor dengan majoriti 600 undi.

Sejarah awal itu membuktikan Umno Jelebu telah bergolak sejak awal PRU 1959 dengan berlaku sikap mencantas individu-individu yang lebih layak bertanding. Ibrahim Mansor merupakan anak tempatan yang berasal dari Kuala Klawang manakala Haji Aminuddin adalah anak jati Pertang.

Apakah sejarah awal PRU itu akan kembali berulang di Pertang pada PRU-13 ini?

Kenali Calon...Jom Ubah


Sunday, 28 April 2013

Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim ke N.Sembilan 30 Apr 2013



28/4/13





Tarikh : 30 April 2013 (Selasa)
JADUAL JELAJAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT

3.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi : Pekan Tanjong Ipoh, Seri Menanti
4.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Simpang Pertang
6.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim ; Lokasi: Dataran Niaga, Palong 8, Gemas
7.15 mlm – Masjid Nurul Huda Jelai 3

8.00 mlm – Jamuan Bersama Rakyat ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Felda Jelai 3, Gemas
9.30 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat ; Lokasi: Bilik Gerakan PR Rembau, Chembong
11.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat ; Lokasi: Betaria Business Centre, Jln Dato’ Siamang Gagap, Seremban

Friday, 26 April 2013

PECAH BERITA! Tuan Guru Nik Aziz Dedah Satu Rahsia Dalam Sepucuk Surat!




Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi,tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.

Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.

Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:


“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim,  berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada  marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia  dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”

Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam dan Putrajaya.

Dicatat Oleh Jalan Pulang pada jam 7:36 PM

Ceramah Pakatan Rakyat Rembau 27 Apr 2013




CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Apr 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Markas Pakatan Rakyat DUN Chembong, Kg Mulia (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
* Hj Radzali A Ghani - Calon PKR Parlimen Rembau
* Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain - Calon PAS DUN Chembong
* Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat
* Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat
* Norwani Ahmad - Ketua Muslimat PAS Rembau

Semua Dijemput Hadir

Tuesday, 23 April 2013

Budak Hitam


     Alangkah malangnya nasib 4 budak hitam ini. Sudahlah disingkirkan dari rumah gadang oleh tok nenek kebayan tanpa belas kasihan. Jasa-jasa mereka seperti tidak diendahkan oleh kaum kerabat tok dan nenek kebayan. Bukan itu sahaja, sahabat handai 4 budak hitam juga tidak memperdulikan mereka lagi.Hari khamis lepas seorang-seorang rakan-rakan mereka keluar dari rumah persinggahan ketua budak hitam. Ada yang menangis, ada yang menyapu dan mengelap air mata yang keluar. Sedih sungguh nampaknya mereka. Apakan daya tempoh  guna sudah berakhir.

     Tidak dipilih menghuni rumah ghadang bukanlah bermakna berakhirnya perjuangan. Tetapi bermulanya satu era baru dalam hidup budak hitam. Mereka mula menyusun strategi untuk memporak perandakan rumah ghadang. Seekor budak hitam telah menyatakan sokongan yang jitu kepada  semua penghuni rumah ghadang yang baru. Itu cuma di depan khalayak ramai. Dalam perjumpaan sesama rakan, mereka telah merancang strategi, biar putih tulang jangan putih mata. Jika sayangkan kami lagi, janganlah nampak gembira, sedangkan 4 budak hitam telah tersingkir. Kalau sedih buatlah cara sedih. Sokong pun biarlah cara sedih. Kalau pasang sepanduk, bendera atau billboard tu, biarlah berpada-pada. Kalau ada 10, pasang 3 atau 4 sahaja. Biar tok dan nenek kebayan tahu akan protes kita, kata budak hitam pada rakan taulan.

     Kini anak buah, sahabat handai taulan faham apa itu siasah perjuangan. Dalam menyokong ada penentangan. Dalam menentang ada perjuangan untuk mengisi prinsip real politik. Selamat bermula era baru bagi 4 budak hitam.Hiduppp siasah politik JELEBUUU.

NOTA:- CALON MESTI ADA SIKAP GENTLEMAN, BARU BOLEH MENANG...YO KO. SIKAP SUPERMAN BARU BOLEH MENANG...KUAT, GAGAH PERKASA...BUKAN PERKASA TU...HAAAAA

Saturday, 20 April 2013

Hari Penamaan Calon PRU 13 - Majlis Daerah Jelebu

CALON PAKATAN RAKYAT

PARLIMEN
Parlimen Jelebu – Aiman Athirah Al-Jundi (PAS) 
DUN
Klawang – Dr Rosli Yaakop  (PAS) 
Sungai Lui – Nor Anif Selamat (PAS) 
Pertang - Syamwill Mertadza ( kEADILAN ) 
Loke Siew Fook - (DAP)

CALON BN

NegeriParlimenDUNNama CalonPhoto
JELEBUP126NEGERI SEMBILANN01CHENNAHSIOW FOO WEN
JELEBUP126NEGERI SEMBILANN02PERTANGJALALUDDIN BIN ALIAS
JELEBUP126NEGERI SEMBILANN03SUNGAI LUIMOHD.RAZI BIN MOHD.ALI
JELEBUP126NEGERI SEMBILANN04KLAWANGYUNUS BIN RAHMAT
CLICK...CALON BARISAN NASIONAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...