Friday, 17 January 2014

Isu Tudung: Pengurusan Sekolah SJKC Nan Ya mohon maaf . Orang Islam Ini Bila Pula Nak Minta Maaf dan Insaf?


FRIDAY, 17 JANUARY 2014

Isu Tudung: Pengurusan Sekolah SJKC Nan Ya mohon maaf . Orang Islam Ini Bila Pula Nak Minta Maaf dan Insaf?

KOTA TINGGI - Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya hari semalam memohon maaf secara terbuka kepada seorang guru mualaf sekolah itu yang sebelum ini dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu.

ABU: Tahniah kepada jentera Melayu Islam UMNO yang berjaya mentarbiah nenek-nenek di bawah ini pakai tudung dan menutup aurat hasil perjuangan lebih 50 tahun. 





Pakai tapi serupa tak pakai.

Bukankah elok jika begini.




Lebih molek begini.

Lebih besarkah kedudukan mereka daripada hamba Allah di bawah ini.


Pengerusi sekolah itu Phang Ah Ngang, 72, bersama guru besarnya, Chiew Swee Tuan memohon maaf kepada guru berusia 25 tahun itu di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi dekat sini.
Permohonan maaf itu dilakukan di hadapan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supritenden Rahmat Othman serta Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd Nazri Kasmin dengan turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak.
Dalam satu kenyataan, Ah Ngang berkata, beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara peribadi kepada guru berkenaan serta masyarakat Islam Kampung Teluk Sengat dan masyarakat Islam di negara ini amnya.
"Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni sesuai dengan slogan 1Malaysia," katanya yang kemudian berjabat tangan dengan guru tersebut sebagai tanda permohonan maafnya. - Kosmo!

"Berfikir sejenak lebih baik daripada beribadah setahun".

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA.........!!!!!!!


CURI RM 2.00 TERUS KE JEL DAN BAZIR KOS BINA BENGERA GERGASI...?????


Friday, 3 January 2014

400 berdemo, lapor polis, bakar patung Lawrence


 400 berdemo, lapor polis, bakar patung Lawrence


Patung Paderi Lawrence Andrew dibakar semasa demonstrasi oleh Umno Kuala Langat di hadapan ibu pejabat polis daerah tersebut.




Sebahagian daripada lebih 400 orang ahli Umno Bahagian Kuala Langat dan badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan membuat bantahan secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini mengenai kenyataan Pengarang Majalah Mingguan Katolik "The Herald" Paderi Lawrence Andrew yang mengeluarkan kenyataan akan tetap menggunakan Kalimah Allah di gereja-gereja Katolik di Selangor

Lebih 400 anggota Umno Bahagian Kuala Langat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi berhubung isu penggunaan kalimah Allah di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Banting hari ini.

Wakil-wakil daripada Umno Bahagian, Belia 4B, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jemaah Muslim, Majlis Belia Daerah dan Pekida Kuala Langat membuat bantahan terhadap kenyataan Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.

Mereka juga membuat laporan polis terhadap Lawrence dan membakar patung paderi itu di lokasi berkenaan.

Ketua Umno Bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli berkata demonstrasi itu diadakan kerana sampai sekarang tiada reaksi atau permohonan maaf daripada Andrew berhubung kenyataannya itu.

Badan Perhubungan Umno Selangor dalam mesyuarat khasnya Isnin lepas meminta Andrew menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan umat Islam di Selangor.

Beliau berkata kenyataan Andrew telah membelakangi titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagaimana termaktub dalam Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Sulaiman berkata mereka tidak menunjuk perasaan di hadapan gereja tetapi di hadapan IPD kerana tidak mahu menimbulkan ketegangan dengan penganut Kristian di sini kerana yang menimbulkan masalah ialah Andrew.

"Kami masih sayangkan negara ini. Lagipun kalau salah, senang polis nak tangkap," katanya.

Di Kuala Lumpur, Umno Bahagian Cheras, Pemuda dan Wanita membuat tiga laporan polis berhubung isu itu IPD Cheras pada pukul 3 petang tadi.


Setiausaha Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Medhar Syed Abdullah meminta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lebih-400-orang-buat-demonstrasi-di-hadapan-ipd-kuala-langat-berhubung-isu

Last edited by imamsurau on Fri Jan 03, 2014 9:59 pm; edited 1 time in total

imamsurau

Koperal





Joined: Sep 22, 2010

Posts: 840

Location: Islam Itu Sesuai Dimana-Mana Dan Bila-Bila Masa.

Posted: Fri Jan 03, 2014 9:56 pm Post subject:
eeh..ehh..!! Bukankah 'DEMONTRASI' itu bukan budaya umno, juga bukan budaya kita? Budaya kita terima saja apa yg ada jangan bangkang. Harga naik jangan bangkang, demontrasi tak haram bagi umno yang haram untuk bukan umno.

Gini lah kalu rekabentuk kerusi tak ikut piawai atau..


Gini lah kalu rekabentuk kerusi tak ikut piawai atau..

atau kontraktor bukan oghan Pakatan. Jangan salahkan murid2, mereka tu berfikiran bebas.....ingat kat negeri China je mempunyai cite pelik2 rupa2 kat Mesia ade kot gok kah kah kah.

PostPosted: Fri Jan 03, 2014 9:18 pm    Post subject:Reply with quote


contoh design kerusi dari solid wood untuk pra sekolah atau sekolah rendah.

design dari negara antah berantah yang cerdik bertingkek tingkek

 
nak design boleh lolos, kasi luas betul-betul. baru takdak kes tersangkut 

nak design tak kasi bolos, hadang betul-betul, baru nampak cantik dan praktikal
PostPosted: Fri Jan 03, 2014 6:27 pm    Post subject:Reply with quote


sumbaq wrote:
Nak salahkan budak mmg tak blh sebab nama pun budak.

Yg org tua (cikgu plk tu) gi ambik gambar pasal apa plk... akai ada ka

Tu yg pegang gergaji tu, pengetua ker? Laughing

yg pegang gergaji tu, supplier.. buat demo tentang cara menyelamat dan menunjukkan betapa pentingnya gergaji perlu disimpan dalam setiap bilik darjah Laughing


Last edited by barliAIS on Fri Jan 03, 2014 10:18 pm; edited 1 time in total
PostPosted: Fri Jan 03, 2014 4:35 pm    Post subject:Reply with quote

.
Kerusi tuh dilekatkan guner nut/skrew!

Yang pergi kerat ngan gergaji tuh............. aper barang lah!
_________________
Aman!
PostPosted: Fri Jan 03, 2014 4:25 pm    Post subject:Reply with quote


kaywhy wrote:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

sekarang ni semuanya nak salahkan kerajaan. pasal budak salah teknik nak duduk kat kerusi pun nak salahkan kerajaan. apa punya mentaliti.

bila aku tulis macam ni, kejap lagi Insya' Allah mari lah puak-puak mulut huduh tuduh aku macam-macam.

---------------


kerusi ni biasa2 age design dia..tapi, rasanya kalu kat jepun atau negeri omputeh, design ni sure tak lepas utk budak2 pakai..pasal membahayakan keselamatan..bukan sekali dua kes ni terjadi...

takkan nak salahkan budak2 duduk pesen guana..nama pun budak..cikgu mana dan nak control ramai2 camtu..

apa2 pun saya tak setuju dengan tindakan guru yg snap photo budak2 ni..tanpa kebenaran ibu bapa tu.
PostPosted: Fri Jan 03, 2014 4:18 pm    Post subject:Reply with quote

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

sekarang ni semuanya nak salahkan kerajaan. pasal budak salah teknik nak duduk kat kerusi pun nak salahkan kerajaan. apa punya mentaliti.

bila aku tulis macam ni, kejap lagi Insya' Allah mari lah puak-puak mulut huduh tuduh aku macam-macam. 
PostPosted: Fri Jan 03, 2014 4:04 pm    Post subject:Reply with quote

curi kayu sepatutnya 3 batang.....barang naik, kayu naik gok curikla

Penulis blog pro-Umno: PM ada jet mewah baru?



Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru. 

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib. 

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux. 

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux. 

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319. 

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat. 

Pejabat PM beri penjelasan 

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan penjelasannya berhubung perkara dibangkitkan itu. Kenyataan penuhnya seperti di bawah: 

Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri. 

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut. 

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri. 

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan. 

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan. 

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober. 

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat. 

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan. 

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara. 

Siapa sangka dulu yang mereka dapat memimpin satu parti politik yang agung:

Siapa sangka dulu yang mereka dapat memimpin satu parti politik yang agung: 

Cikgu Mustafa Ali, Ustaz Fadhil, Tak kenal, dan TGHA. 

Luahan Rakyat Marhaen kepada Najib...


SATURDAY, JANUARY 4, 2014

Luahan Rakyat Marhaen kepada Najib...



LAGAK SEGELINTIR WARGA KITA YANG TIADA AKHLAK SIVIK DAN ADAB MANUSIA!!!!


LAGAK SEGELINTIR WARGA KITA YANG TIADA AKHLAK SIVIK DAN ADAB MANUSIA!!!!

Dua rakaman gambar suasana dalam LRT dan Komuter dimana segelintir warga kita tidak kira apa kaum maupun anutan agama yang tiada langsung ada sifat ehsan dan sivik langsung terhadap warga yang lebih memerlukan tempat duduk.

Seorang yang sarat mengandung dibiarkan saja duduk atas lantai dan dua pasangan sedang berkasih sampai hati dan tergamak membiarkan seorang ibu yang sedang mendukung anak kecil berdiri sedang mereka sedang seronok berkapel duduk di bangku yang dikhaskan untuk warga yang sedang membawa anak kecil, mengandung dan warga emas yang tidak terdaya serta OKU.

Dimana silapnya sistem pendidikan negara kita???.... Jelas sistem pendidikan yang ada yang diolah oleh kerajaan UMNO/BN gagal untuk membentuk masyarakat madani dan masyarakat penyayang serta masyarakat berbudi pekerti mulia.

Foto terkini Sultan Azlan Shah


Foto terkini Sultan Azlan Shah
Posted on 04/01/2014



Foto Bernama di atas menunjukkan wajah terkini Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, yang telah lama tidak kelihatan dikhalayak ramai.

Foto Tuanku Sultan Azlan Shah yang dirakam pada 28 Disember lepas, yang berusia 85 tahun telah berkenaan menyumbangkan RM 1juta kepada Institut Jantung Negara atau IJN.

Sumbangan diserahkan oleh baginda dalam satu majlis ringkas di IJN kepada Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambri.

Turut serta adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali dan Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

PAS tidak boleh ikut cara Umno main isu gila-gila - Tan Sri Muhammad Mohd Taib



Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti.

Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya.

Media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah. Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.

Begitu juga sistem kekeluargaan jauh dari amalan dan pegangan al-Quran dan Sunnah. Kecuali pada masa solat, puasa, naik haji. Cara bertompok-tompok.

Suasana persekitaran lebih pada cara sekular. Sambutan-sambutan apa sahaja termasuk akhir-akhir ini sambutan tahun baru. Tiap-tiap tahun diulang cara yang sama. Penganjur-penganjur tahu itulah cara menyambutnya.

Tiba-tiba isu kalimah Allah, Umno dilihat sangat Islamik. Yang ini kononnya Islamik yang lain tidak pula Islamik.

PAS tidak boleh ikut cara Umno main gila-gila apabila menghadapi satu-satu isu. Sebenarnya pendekatan PAS berpandu kepada al-Quran dan Sunnah adalah tepat sekali.

Dari aspek setinggi-tingginya hingga ke bawah semuanya hendaklah berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Jangan bila isu kalimah Allah ribut tapi lihat isu masyarakat dalam aspek sosialnya dan lain-lain hampir tidak langsung ikut al-Quran dan Sunnah.

Kita boleh tulis beribu-ribu hal dari kampung dan bandar yang kita lihat seolah-olah ajaran al-Quran dan Sunnah tidak diikuti.

Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.

Sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan.

Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

JANJI DICAPATI !!!!


ANTARA PBS DAN VIP KITA....WHAT THE DIFFERENT ???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...