Senario di kampung teriang , jika dilihat begitu meriah dan dilakukan bersungguh-sungguh oleh belia-belia Melayu sehinggakan menghidupkan suasana hari mengundi. Flash mob yang mereka lakukan begitu bersungguh-sungguh hingga ke petang. Di pekan Titi juga begitu, sama seperti di kampung Melayu Teriang, tetapi dilakukan oleh belia cina yang berada berhampiran antara penyokong BN dan PR. Juga di Ulu Kelawang dikhabarkan undi di kedua-dua kawasan ini dimenangi oleh pihak Pakatan Rakyat.Cuma di DUN Kelawang PAS kalah tipis kepada BN. Pusat mengundi di kawasan MRSM, untuk kawasan sekitar perumahan Sri kenaboi, bukit kempas dan sekitar nya juga dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PAS dan DAP). Akhirnya kawasan DUN Chennah dimenangi oleh DAP hasil kerjasama PAS dan DAP. Tahniah !
Jika dilihat semua kawasan ini adalah kawasan mejoriti Melayu. Di manakah Tsunami Cina itu. Sebenarnya inilah konsep demokrasi yang telah mula difahami oleh semua masyarakat di luar bandar. Perasaan perkauman yang begitu kuat satu masa lalu telah dikikis sedikit demi sedikit. Konsep kebenaran hidup bersama sudah mula dirasai, jika pemimpin benar-benar inginkan keharmonian untuk semua kaum. Hapuskanlah perasaan perkauman yang mengila dalam diri kita. Melayu perlukan orang Cina, begitu juga orang Cina perlukan orang Melayu , India dan bangsa yang lain. Tiada siapa yang boleh hidup sendirian! Biar lah demokrasi putih menyinar. Hilangkan demokrasi Hitam yang mula mengila dan membenci sesuatu kaum kerana tewas. Lihatlah kelemahan diri sendiri. Jika inginkan negara kita maju dan makmur, amalkanlah konsep demokrasi aman dan matang untuk semua pihak.
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR,!
ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR,!
PRU 14 menjanjikan harapan yang lebih cemerlang untuk JELEBU. Satu kawasan telah dimenangi, kita tumpu pula pada kawasan DUN Klawang. Inshyallah!
No comments:
Post a Comment