Sunday, 30 June 2013

Lawan Tetap Lawan !: Truskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ! REDAH B End / S...

Lawan Tetap Lawan !: Truskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ! REDAH B End / S...: Sekali lagi Papa minta maaf kerana lama tidak menghuni ruangan ini, kerana akhir-akhir ini sibuk                          ke gelang...

JALAN PULANG: SPR Terlibat Kalahkan Calon KEADILAN?

JALAN PULANG: SPR Terlibat Kalahkan Calon KEADILAN?: Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat untuk menewaskan calon KEADILAN dalam pilihan r...

Cipan, Tapir & Tenuk (C++): PAS Akan Menang Besar PKR Kuala Besut

Cipan, Tapir & Tenuk (C++): PAS Akan Menang Besar PKR Kuala Besut: Bhai... Geng-geng PAS Terengganu itu hari ader bikin cerita suruh semua orang wala dengan keputusan PRU13... Diorang suruh wala dengan penip...

Libang Libu: Apa La Naya Nasib Cikgu di Johor

Libang Libu: Apa La Naya Nasib Cikgu di Johor: Kah kah kah kah!!! Nak  berFacebook pun kena pantau?  Sikit hari nak berhello-hello dgn laki/bini pun kena pantau gamaknya. Buk...

Manjung Mari: Bekas Pelakon Hebat dilantik jadi Pengerusi Tabung...

Manjung Mari: Bekas Pelakon Hebat dilantik jadi Pengerusi Tabung...: Rasanya ramai ingat kisah hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang Negeri Sembilan 2009... Satu pertembungan hebat setelah UMNO tewas di bebe...

Friday, 28 June 2013

KELAB GREENBOC: Sultan Selangor: Beri Kerjasama Kepada Kepimpinan ...

KELAB GREENBOC: Sultan Selangor: Beri Kerjasama Kepada Kepimpinan ...: S ultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta semua wakil rakyat, termasuk wakil Barisan Nasional (BN), memberi kerjasama penuh kep...

PAS Negeri Sembilan fail petisyen Dun Klawang


PAS Negeri Sembilan fail petisyen Dun Klawang

SEREMBAN: Dr Rosli yang merupakan calon PAS Dun Klawang pada PRU13 kalah dengan majoriti 282 undi kepada calon BN,Dato' Yunus Rahmat di Dun Klawang.
Dr Rosli berkata PAS mempunyai 'merit' untuk memfailkan petisyen ini kerana mempunyai beberapa bukti berlakunya penyelewengan yang melanggar peraturan pilihan raya.
"Kita mempunyai bukti salah laku melanggar Undang-Undang Pilihan Raya yang membabitkan kes pembayaran atau pemberian wang untuk membeli undi.
"Terdapat lebih daripada dua jenis salah laku undangundang pilihan raya yang berlaku di Dun Klawang dan kita mempunyai bukti-bukti yang akan kita kemukakan apabila kes petisyen ini didengar di mahkamah nanti.
"Seandainya keputusan mahkamah tidak menyebelahi kita pun, apa yang penting ialah kita berjaya sampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang diragui selama ini, sesungguhnya memang ada penyelewengan di pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pengendalian PRU13 ini.
"Kita berharap mahkamah berlaku adil dalam pendengaran kes ini," kata Dr Rosli.
Sementara itu Mohamad Taufek berkata petisyen ini membuktikan memang ada perkara-perkara yang boleh dipertikaikan berhubung perjalanan PRU13.
"Kita menerima keputusan PRU13, tetapi apa yang rakyat persoalkan ialah tidak menerima unsur penipuan, politik wang dan rasuah dalam PRU13.
Bukan Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 tetapi kita persoalkan penipuan dan perkara yang berkaitan dengan SPR yang sudah banyak kali kita minta penambahbaikan," ujar Mohd Taufek.

Demo LoNie: Subhanallah!! NASA sahkan kemungkinan matahari aka...

Demo LoNie: Subhanallah!! NASA sahkan kemungkinan matahari aka...: Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para s...

:: cina islam | 2013 ::: Azalina mahu cabar Shahrizat

:: cina islam | 2013 ::: Azalina mahu cabar Shahrizat: 19 Syaaban 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shah...

KedahLanie.info: Siapa PEXCO... ? Petronas - Penasihat Nama TUN - K...

KedahLanie.info: Siapa PEXCO... ? Petronas - Penasihat Nama TUN - K...: Siapa yang berikan konsessi kepada Pexco.... Sarawak atau Petronas?  oleh Aspan Alias Najib mempunyai tanggungjawab yang terbesar sek...

Omak Kau!!!!: DAKWAT KEKAL!!!..BELANJA RM7.1 JUTA UNTUK BELI DAK...

Omak Kau!!!!: DAKWAT KEKAL!!!..BELANJA RM7.1 JUTA UNTUK BELI DAK...: Jawapan Shahidan Kassim Menteri DiJabatan Perdana Menteri, di Parlimen semalam mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan...

Addin: Hakim Letak Jawatan Secara Mengejut Selepas Umum K...

Addin: Hakim Letak Jawatan Secara Mengejut Selepas Umum K...: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, 65, telah menyerahkan surat peletakan jawatan suatu keputusan yang mewujudkan gelombang kejut...

Kerabu Bersuara: Panas! Duta Luar Malaysia Sahkan Malaysia Sokong K...

Kerabu Bersuara: Panas! Duta Luar Malaysia Sahkan Malaysia Sokong K...: Zahrin Rashid Sebarkan!!!! Biar semua tahu kita di MALAYSIA tidak mahu ambil peduli dengan saudara kita di SYRIA! Satu majlis perte...

Wednesday, 26 June 2013

Ibnu Hasyim: Tok Guru Berhenti Husam Di Ketepi.. -Ibn Abdulla...

Ibnu Hasyim: Tok Guru Berhenti Husam Di Ketepi.. -Ibn Abdulla...: Poster yang menjadi bahan sejarah.. Oleh IBN ABDULLAH ALAWAB 2 SYAABAN 1434H (JUMAAT) 21 JUN 2013 PASTI tidak lengkap dan  sempurna, ...

KedahLanie.info: Dalam PR sekarang ini perlu ada 1 golongan 'AMAR M...

KedahLanie.info: Dalam PR sekarang ini perlu ada 1 golongan 'AMAR M...: Ingatlah....kita sebenarnya.......... - Perlu ada 1 golongan 'NAHI MUNGKAR ', sementelah juga perlu ada 1 golongan 'AMAR MAK...

Addin: MCA Belasah KM Melaka

Addin: MCA Belasah KM Melaka: KUALA LUMPUR: MCA membantah keputusan Kerajaan Melaka menutup pasar malam Jonker Walk di negeri itu. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Lio...

Manjung Mari: PRK Kuala Besut di bulan puasa ! Berani ke Umno na...

Manjung Mari: PRK Kuala Besut di bulan puasa ! Berani ke Umno na...: Baru jelas dan nyata sekarang,,, memang dah lebih sudu dari kuah mamat mangkok hayun ni...  Dia dah melebih-lebih dari umno lagi,,, dah tak...

Kerabu Bersuara: Yb Husam Musa Menziarahi Jenazah Adun Besut

Kerabu Bersuara: Yb Husam Musa Menziarahi Jenazah Adun Besut: Klik pada gambar untuk tatapan lebih jelas. Sekejap tadi yb husam sempat meluang masa menziarahi jenazah adun besut di kediaman beliau. ...

Anak Sungai Derhaka: MP British nak ke Malaysia bincang isu penipuan pi...

Anak Sungai Derhaka: MP British nak ke Malaysia bincang isu penipuan pi...: Februari lalu Senator dari Australia, Nick Xenophon telah dihalang dan ditahan dari memasuki Malaysia kerana dikatakan menyibuk dalam hal...

Allah memberikan kepada orang yang mati syahid dengan 7 kelebihan



Allah memberikan kepada orang yang mati syahid dengan 7 kelebihan, yaitu:

1. Bau darahnya seperti aroma misk

“Demi dzat yang jiwaku ditanganNya! Tidaklah seseorang dilukai di jalan Allah-dan Allah lebih tahu siapa yang dilukai di jalanNya-melainkan dia akan datang pada hari kiamat : berwarna merah darah sedangkan baunya bau misk” (HR. Ahmad dan Muslim)

Dr. Abdullah Azzam menyampaikan, “Subhanallah! Sungguh kita telah menyaksikan hal ini pada kebanyakan orang yang mati syahid. Bau darahnya seperti aroma misk (minyak kasturi). Dan sungguh disakuku ada sepucuk surat-diatasnya ada tetesan darah Abdul wahid(Asy Syahid, insya Allah)- dan telah tinggal selama 2 bulan, sedangkan baunya wangi seperti misk.”

2. Tetesan darahnya merupakan salahsatu tetesan yang paling dicintai Allah.

“Tidak ada sesuatu yang dicintai Allah dari pada dua macam tetesan atau dua macam bekas : tetesan air mata karena takut kepada Allah dan tetesan darah yang tertumpah dijalan Allah; dan adapun bekas itu adalah bekas (berjihad) dijalan Allah dan bekas penunaian kewajiban dari kewajiban-kewajiban Allah” (HR. At Tirmidzi – hadits hasan)

3. Ingin dikembalikan lagi kedunia (untuk syahid lagi)

4. Ditempatkan disurga firdaus yang tertinggi

5. Arwah Syuhada ditempatkan ditembolok burung hijau

6. Orang yang mati syahid itu hidup

7. Syahid itu tidak merasakan sakitnya pembunuhan

“Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaiman seorang diantara kalian merasakan (sakitnya) cubitan.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i – hadits hasan)

dan diriwayat yang shahih :

“Orang yang mati syahid itu tidak mendapatkan sentuhan pembunuhan kecuali sebagaimana salah seorang diantara kalian mendapatkan cubitan yang dirasakannya.”

sumber...

Monday, 24 June 2013

Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT T...

Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT T...: Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak? Menujukkan isyarat tidak s...

Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT T...

Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT T...: Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak? Menujukkan isyarat tidak s...

Sunday, 23 June 2013

:: cina islam | 2013 ::: Anwar ketuai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat angkat s...

:: cina islam | 2013 ::: Anwar ketuai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat angkat s...: 15 Syaaban 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ...

KELAB GREENBOC: Undian Speaker TIDAK Dijalankan Secara Rahsia, BN ...

KELAB GREENBOC: Undian Speaker TIDAK Dijalankan Secara Rahsia, BN ...: P ersidangan Dewan Rakyat kali ke-13 yang bermula hari ini memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi sebagai Speaker dengan memperoleh...

AR RISALAH الــرســالـة: NGO akan saman jika k'jaan tak dedah nama syarikat...

AR RISALAH الــرســالـة: NGO akan saman jika k'jaan tak dedah nama syarikat...: Koh Jun Lin   Satu NGO memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Palanivel untuk menamakan ...

Gendang Perang: demo di parlimen - 26 ditangkap seorang tahanan c...

Gendang Perang: demo di parlimen - 26 ditangkap seorang tahanan c...: Terkini .. para demonstran yang berdemo di parlimen telah ditangkap. Ketika berdemo mereka baring terlentang di jalanraya tetapi apabila dit...

AR RISALAH الــرســالـة: Tidakkah jerebu juga tentera Allah?

AR RISALAH الــرســالـة: Tidakkah jerebu juga tentera Allah?: Subky Latif, APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira...

Gendang Perang: Koleksi gambar awek Syria di Padang Merbuk semalam...

Gendang Perang: Koleksi gambar awek Syria di Padang Merbuk semalam...: video dan teks penuh ucapan Husam yang membawa kepada penangkapannya adios

Kerajaan Rakyat: Semua Sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor da...

Kerajaan Rakyat: Semua Sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor da...: Sumber itu turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan semua sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini. ...

Mat Indera Sipejuang: AGAK-AGAK LAH TAK KAN MB KELANTAN NAK MELAWAT HUSA...

Mat Indera Sipejuang: AGAK-AGAK LAH TAK KAN MB KELANTAN NAK MELAWAT HUSA...: Cuba gak kalau BERTINDAK tu menggunakan AKAL FIKIRAN dan bukan nya KEPALA LUTUT boleh tak pihak yang berkenaan... kalau dengan PENGGANAS SU...

Kerajaan Rakyat: Ingatan buat semua sahabat Kerajaan Rakyat

Kerajaan Rakyat: Ingatan buat semua sahabat Kerajaan Rakyat: Kepada kengkawan  Kerajaan Rakyat  .. ingat hari ini 14 Syaaban... malam ini, malam 15 Syaaban... malam Nisfu... jangan nak melangau d...

Nizar: Anwar : Penahanan Husam Bersifat ‘Selective Persec...

Nizar: Anwar : Penahanan Husam Bersifat ‘Selective Persec...: AMPANG 23 JUN : Penahanan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam disifatkan ‘penganiayaan terpilih’ (selective persecution) oleh pihak...

Gendang Perang: Koleksi gambar awek Syria di Padang Merbuk semalam...

Gendang Perang: Koleksi gambar awek Syria di Padang Merbuk semalam...: video dan teks penuh ucapan Husam yang membawa kepada penangkapannya adios

Kedahkini: TERHOT ! TAYCON ABNxcess DIKATAKAN KRONI TERBARU R...

Kedahkini: TERHOT ! TAYCON ABNxcess DIKATAKAN KRONI TERBARU R...: Putera Mahkota Baru Dunia Niaga...... Anandha...Tun M punya Syed Mokhtar...Muhyideen punya Deepak...dah belot plak... KRONI SIAPA I...

ADA AKU KESAH??: HAZE , HAZE , HAZE , HAZE .....

ADA AKU KESAH??: HAZE , HAZE , HAZE , HAZE .....: Orang politik sibuk membincangkan isu negara di sini dan disana.  Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat pulak sibuk dengan Konvensi...

Libang Libu: Rendam Sedap-sedap Tak Perlu Cabut-cabut

Libang Libu: Rendam Sedap-sedap Tak Perlu Cabut-cabut: Jerebu sudah menjadi acara tahunan. Tiap tahun akan keluar angka kawasan mana yg champion dan kawasan mana mencorot dilanda jerubu. ...

Saturday, 15 June 2013

Kedahkini: Hot ! Syarikat Judi sponsor makan malam dihadiri 6...

Kedahkini: Hot ! Syarikat Judi sponsor makan malam dihadiri 6...: Kes mesin judi KGNS dedahkan industri perjudian lumayan Malaysia KUALA LUMPUR, 16 Jun — Langkah kontroversi oleh jawatankuasa pengurusa...

Media Orang Kampung: Pakatan Sulit Anwar SBY..Terbongkar ..Baca sini..

Media Orang Kampung: Pakatan Sulit Anwar SBY..Terbongkar ..Baca sini..: SHAH ALAM - [Dikemaskini] Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Bali untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Ba...

shalehudin: Ini BUKTINYA Madey tak pernah potong kuku [Saksika...

shalehudin: Ini BUKTINYA Madey tak pernah potong kuku [Saksika...: Kuku Mahathir masih mencengkam musuh politik... kahkahkah... KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan ‘belang’ beliau deng...

Manjung Mari: Kalau pemimpin umno rasuah susah sikit nak tangkap...

Manjung Mari: Kalau pemimpin umno rasuah susah sikit nak tangkap...: Bila dah pencen baru nak bersuara apa yang didepan matanya sendiri berlaku.....

AZLI SHUKRI TODAY: Nazri Aziz di Sebalik Tabir

AZLI SHUKRI TODAY: Nazri Aziz di Sebalik Tabir: "Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis ber...

Apa Kata Mereka ? Tranformasi ok, kami bukan Tranformers atau Megatron !

muhyiddin yassin 1

Sumber Harakahdaily
Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.
Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.
Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.
Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.
Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.
Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.
Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.
Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.
Itu Najib Tun Razak. Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.
Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.
Adakah Muhyiddin (gambar) tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.
Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi  tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah  di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.
Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).
Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit  ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.
Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.
Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.
Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.
Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.
Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah  matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.
Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.
Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.
Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.
Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.
Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut  prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?
Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.
Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu  bersama kroni-kroninya.
Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.
Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.
Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.
Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.
Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.
Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?
Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.
Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.
Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.
Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?
Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.
Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.
Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:
1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?
2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?
3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?
Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru  siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.
Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan  ingin menjana transformasi pendidikan negara.
Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.
Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah.  Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.
Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.
1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.
2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.


(Tugas guru sudah di mana-mana – gambar hiasan)

3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.
4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.
Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.
Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.
Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?
Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.
Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari.  Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?
Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.
5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.
Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.
6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.
Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.
Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.
Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.
Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ.  Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.
Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.
Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?
Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.

Rujukan blog:-
http://malaysianreview.com/2013/05/25/mampus-muhyiddin-kena-gosok-dengan-cikgu-guru-kecewa/

Wednesday, 12 June 2013

KedahLanie.info: Betoi ka Mukhriz dok sibuk renovate pejabat?

KedahLanie.info: Betoi ka Mukhriz dok sibuk renovate pejabat?: oleh KedahLa "Jahanam pulak dah duit rakyat!" "Awat aaa?" "Tu orang tua tu dok renovate pejabat pulak da...

Kedahkini: HOT! PUNCA NAJIB TIDAK TURUN DI TAPAK TRAGEDI RUNT...

Kedahkini: HOT! PUNCA NAJIB TIDAK TURUN DI TAPAK TRAGEDI RUNT...: Mengapa Najib dan Menteri BN kurang perhatin dalam tragedi yang memalukan ini......Lihat kenyataan MP Bayan Baru kebetulan beliau seorang...

indah.com: Kertas undi bertukar tempat jadi sebab petisyen di...

indah.com: Kertas undi bertukar tempat jadi sebab petisyen di...: Harakahdaily  Hazayani Zakaria, 12 Jun 2013 JOHOR BAHRU : PAS Johor meminta satu pengisytiharan dari mahkamah bahawa pil...

Kedahkini: HOT! PUNCA NAJIB TIDAK TURUN DI TAPAK TRAGEDI RUNT...

Kedahkini: HOT! PUNCA NAJIB TIDAK TURUN DI TAPAK TRAGEDI RUNT...: Mengapa Najib dan Menteri BN kurang perhatin dalam tragedi yang memalukan ini......Lihat kenyataan MP Bayan Baru kebetulan beliau seorang...

Apakah Politik Terasing Dari Agama Islam ????


Tuesday, 11 June 2013

Saturday, 8 June 2013

Dr MiM: PEGAWAI TERTINGGI SPR LETAK JAWATAN??

Dr MiM: PEGAWAI TERTINGGI SPR LETAK JAWATAN??: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain me...

Kedah La: Melayu bakal senasib dengan rakyat Palestin jika U...

Kedah La: Melayu bakal senasib dengan rakyat Palestin jika U...: Dinegeri UMNO paling kuat didunia, tanah Melayu tergadai kepada 130,000 rakyat asing.. Malaysia adalah antara segelintir negara di...

AGEN DSAI....: PANAS!!!! SPR ubah dua kali keputusan penuh PRU 13...

AGEN DSAI....: PANAS!!!! SPR ubah dua kali keputusan penuh PRU 13...: KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dua kali mengubah keputusan penuh pilihan raya ke 13 apabila undi yang hilang sud...

Tuesday, 4 June 2013

BICARA ABU NAWAS: KISAH SAFWAN ANANG DALAM PENJARA SUNGAI BULUH - BA...

BICARA ABU NAWAS: KISAH SAFWAN ANANG DALAM PENJARA SUNGAI BULUH - BA...: Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh - siri 1 Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah b...

Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR YANG SUDAH PASTI TIDAK DITERBITKAN ...

Omak Kau!!!!: RAKAMAN GAMBAR YANG SUDAH PASTI TIDAK DITERBITKAN ...: Rakaman gambar ini tidak mungkin di terbitkan mapun disiarkan oleh Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, NSTP dan The Star tetapi i...

Perakite Daily™: Analisa kerusi PRU -13; sanggah perkauman tajaan U...

Perakite Daily™: Analisa kerusi PRU -13; sanggah perkauman tajaan U...: Analisa kerusi PRU -13; sanggah perkauman tajaan UMNO Dihimpun oleh : Muhammad Nuruddin Bashah (AJK Penerangan PAS Perak) Kronologi p...

Omak Kau!!!!: MULAI 1HB JUN 2013 SEMUA RAKYAT TERENGGANU YANG BA...

Omak Kau!!!!: MULAI 1HB JUN 2013 SEMUA RAKYAT TERENGGANU YANG BA...: Notis dari Syarikat Air Terengganu (SATU)memberitahu kepada semua rakyat Terengganu bhawa mulai 1hb Jun 2013 siapa jua yang membayar bil a...

ADA AKU KESAH??: Suri rumah di Pulau Pinang dapat RM100 mulai 2014....

ADA AKU KESAH??: Suri rumah di Pulau Pinang dapat RM100 mulai 2014....: Suri rumah di Pulau Pinang akan menerima RM100 seorang mulai 2014 hasil sumbangan kerajaan negeri. Ketua Menteri, Lim Guang Eng berkata, pro...

Anak Sungai Derhaka: Pendedahan mengenai UMNO oleh Mahathir yang macai ...

Anak Sungai Derhaka: Pendedahan mengenai UMNO oleh Mahathir yang macai ...: Dulu.. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO ialah untuk bangsa, agama dan tanahair, tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka,...

KELAB GREENBOC: Rakyat Beritahu Najib, Yang Ini Bukan Persepsi, Te...

KELAB GREENBOC: Rakyat Beritahu Najib, Yang Ini Bukan Persepsi, Te...: S emalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan salah satu kelemahan yang harus diperbaiki jenteranya ialah dalam aspek mena...

Orang ni: Perhimpunan 'Blackout 505' 15 Jun DIBENARKAN - Za...

Orang ni: Perhimpunan 'Blackout 505' 15 Jun DIBENARKAN - Za...: KUALA LUMPUR:  Perhimpunan yang dirancang pembangkang pada 15 Jun ini akan dibenarkan jika penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman. Me...

Saturday, 1 June 2013

AGEN DSAI....: Panas!!! Ribuan laporan polis penyelewengan PRU-13...

AGEN DSAI....: Panas!!! Ribuan laporan polis penyelewengan PRU-13...: KUALA LUMPUR, 31 MEI: Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, ribuan laporan polis berhubung penyelewengan pilihan raya umum ke-13 ...

ZAKRI ALI: Maklumat Dari Portal SPR - BN = 47.38% - PR = 50....

ZAKRI ALI: Maklumat Dari Portal SPR - BN = 47.38% - PR = 50....: Mohd Fadrul Sa'fiee LIHAT !!! Bukan dari portal PAKATAN atau Portal Barisan Nasional Tetap Maklumat ini saya dapat melalui su...

Lawan Tetap Lawan !: Truskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ! REDAH B End / S...

Lawan Tetap Lawan !: Truskan Datuk Seri Anwar Ibrahim ! REDAH B End / S...: Sekali lagi Papa minta maaf kerana lama tidak menghuni ruangan ini, kerana akhir-akhir ini sibuk                          ke gelang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...